Jumaat, 18 Mac 2016

GUIDE SAMBIL CARI LAUK DI KELONG POZI

kelong Pozi Kuala Lukut Negeri 9
Ini trip aku bersama kawan  nak caari lauk di Kelong Pozi. Entah bagaimana ada yang sudi nak ikut pakej sekali. Jadi aku bawa juga.  Kalau kes macam ni aku bukan nak cari untung tapi sekadar nak enjoy bersama memancing. 
Selain tu aku juga nak turunkan sikit pengalaman kepada pembantu aku yang akan guide sendiri satu group pada bulan Mac nanti. 
Sesampai saja terus pasang joran guna umpan udang hidup. Niat nak belasah bandang secukupnya tetapi yang berlaku sebaliknya. Memang agak teruk kami kena buli dengan bandang sampai ada yang naik radang. 
kalau ikut arus kami naik kelong Pozi tu memang cun sangat dah. Cuma tamban agak kurang kerana anak tamban masih kecil dan tak pandai nak sambar apolo lagi kot? Nak jadi cerita, walaupun tamban kurang tapi kalau rezeki tu tetap rezeki juga. Balingan tamban yang pertama terus mendapat sambaran Sang Jenahak di lubuk rahsia yang dah tak rahsia lagi. 
bergambar di tepi lubuk bandang
Nak jadi cerita, aku dapat anak talang saiz 1/2 kg. Aku simpan dalam kolam untuk dijadkan umpan. Sedang asyik duk layan apolo, aku nampak sekor baracuda melintas depan mata selamber saja. Aku terus ambil talang yang disimpan dalam kolam lalu cakuk pada mata mata kail berperambut steel yang dah ready siap. Tak sampai 30 saat umpan mengeletek mencecah air terus dapat sambaran baracuda depan mata aku sendiri. Terus saja aku sentap dan baracuda skala 4 kg  tewas juga.
berminat pakej guide: 01120704297  sabri


jenahak tunggal
sonyum lebar
hasil yang tak seberapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan