Rabu, 3 Disember 2014

PEMANCING DARI KOTA KE KELONG MAMUD

Pakej yang aku bawa ni dapat dari seorang kawan yang juga pernah mengikut aku memancing di kelong. kali ni dia offer aku bawa pemancing muda yang rata2 orang bandaraya. Mungkin agak kekok juga bagi pemancing yang pertama kali naik kelong.
Selepas memberi sedikit taklimat, aktiviti memancig pun bermula. Petang tu, aku minta pemancing cari ikan lauk dahulu iaitu memancing gerut2 memandangkan air sedang beralih pasang. Baru 3 ekor gerut2 dinaikan, hujan pun turun dengan lebat sekali. Maka aktiviti memancing pun tergendala sekejap. 
fauzi

petang tu hanya aktiviti apolo sahaja yang dibuat memandangkan ikan tak mahu jamah umpan. Ada sekor dua anak2 talang sahaja yang berani mengusik umpan tamban hidup. Aktiviti membangau ini diteruskan sehingga malam dan awal pagi diselangi dengan hujan renyai. Hanya ada seekor anak semilang yang berjaya dipancing. Memang agak mengecewakan tetapi itu memang perkara biasa membangau di kelong mamud terutama pada waktu ,alam.

Aktiviti memancing diteruskan semula di kala  sang suria menampakan diri selepas bersembunyi semalaman. Pagi tu agak meriah apabila 3 ekor jenahak dara dan teruna dapat dinaikan diselangi dengan beberapa ekor talang. Pada jangkaan aku talang yang akan banyak dinaikan tetapi jangkaan aku meleset. 

Walaubagaimanapun, muka2 pemancing muda kotaraya kelihatan kembali ceria selepas aktiviti membangau dari petang sehingga ke malam. Apa2 kekurangan semasa aku bawa trip ni, sila ampun dan maaf kerana itu sahaja yang aku terdaya dan mampu lakukan. Jika ada sesiapa yang berminat nak menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing di kelong boleh hubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

(Maaf, tak ada  gambar hasil tangkapan) 






kelong mamud tengah

Tiada ulasan:

Catat Komen