Khamis, 15 November 2012

SANTAI-SANTAI ATAS KELONG POZI LUKUT

Ini kali pertama aku rasa senang sekali menjadi guide memancing di atas kelong. Mahu tak rasa senang dan seronok kerana sembilan daripada sepuluh orang yang naik kelong bukan hendak memancing tetapi sekadar duduk2 rehat sambil makan2. 
Apa yang aku maksudkan ialah aku mendapat tempahan guide dari keluarga Pn Zaitun yang tinggal kawasan Semenyih. Aku yang menyediakan 200 ekor udang hidup berlebih banyak kerana hanya suaminya sahaja yang memancing. manakala yang lain hanya datang sekadar nak merehatkan diri sahaja. Tak banyak cerita yang aku dapat tulis tentang group ni melainkan cerita makan dan makan dan makan lagi sahaja. Walaubagaimanapun, aku mengucapkan terima kasih kepada Pn Zaitun kerana sudi menggunakan khidmat saya sebagai guide memancing di atas kelong Pozi. Kalau ada apa2 kekurangan saya minta maaf banyak2. 
Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat guide atas kelong Pozi bolehlah menghubungi saya.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

makan dan makan dan makan

masa nak balik baru dapat umpan ni...

ketuka dan daun baru sahaja

saiz tak berapa bagus

habis jugak air satu tong ni

gaya macam nelayan tetapi bukan nelayan pun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan