Khamis, 15 November 2012

KUNG POW DI KELONG POZI LUKUT

Selepas pulang dari kelong Sri pantai pontian aku terus ke kelong Pozi. Aku diminta membawa 12 orang pemancing dari Jelebu. Kebanyakan mereka ialah guru yang mengajar di kawasan Jelebu. Aku yang sampai dulu terus naik ke kelong kerana hendak membuat sedikit persediaan awal. Aku menyediakan 200 ekor udang hidup. 
semasa naik kelong aku terserempak Rizal dan group kelang yang hendak pulang. Rizal menaikan seekor jenahak bersaiz biasa dan group kelang telah rabut beberapa kali. Mendengar cerita tu membuat aku rasa syok sendiri. 
bekerjasama memunggah barang naik ke kelong 
Gang jelebu naik kelong agak lewat petang. Selepas mengemaskan barang, aku meminta pemancing menggunakan umpan udang hidup dengan mata kail saiz kecil dahulu. Aku target daun baru dan ebek sahaja memandangkan air hampir penuh. Target aku agak menjadi apabila hampir senja seekor ebek dan dua ekor daun baru berjaya dinaikan. Walaupun kecil tetapi intro awal sudah menjadi. aku berharap akan mendapat beberapa ekor daun baru lagi. Ikan yang dah dinaikan terus disiang dan dimasak.
Pada awal malam lagi, awan hitam telah berarak di kaki langit dengan di selangi kilat sesekali sekala. Namun angin darat yang bertiup melambatkan pergerakan awan tu ke darat. Semasa awan sedang berarak, umpan mata pancing langsung tidak berusik melainkan beberapa ekor ceconteng dan bebolos kecil sahaja mengetu umpan.
tetap happy walaupun Kung Pow 
 Keadaan ini berterusan sehingga ke pagi esok. Oleh kerana tiada ragutan, maka kami hanya duduk sambil borak2 dengan hala tuju aktiviti memancing. Salah seorang pemancing, iaitu toke publishing buku2 sekolah menelefon kawannya. beliau mengajak kami menduga senohong dan jenahak yang sedang mengamuk di Kuala Selangor. Aku pun terus setuju apabila mendengar perkataan ikan senohong. Selama aku memancing di merata ceruk tetapi belum pernah menaikan ikan senohong. Terasa mengantuk di sorong bantal apabila mereka mengajak aku memancing ikan senohong. Berbalik kepada cerita kami di atas kelong, sampai balik tiada ragutan langsung. Mungkin hujan menyebabkan air laut sejuk dan ikan tak aktif hendak makan umpan. Memang kami Kung Pow di atas kelong pozi pada hari tersebut. Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat guide dan pakej di atas Kelong  Pozi Lukut bolehlah menghubungi saya di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan