Khamis, 23 Januari 2014

JOHAN DI KELONG POZI

Aku nak cerita trip ni. Sebenarnya bukan johan dapat ikan tetapi nak cerita pasal En Johan yang  bersama 2 orang rakanya yang mengikut pakej aku memancing di kelong Pozi. Johan dan rakannya mengikut aku memancing di Kelong Pozi sempena cuti Thaipusam. 
johan dan rakan datang ke kelong agak lewat jadi aku terpaksalah naik kelong terlebih dahulu nak buat persediaan. Aku menyediakan 200 ekor udang hidup kecil tetapi sayangnya 1/4 umpan tersebut mati kerana masalah teknikal pam udara. Selain tu, arus pada hari tersebut agak lemah menyebabkan tamban tidak mahu menghampiri kelong. Pada petang tu, hanya beberapa ekor tamban dan selar yang dapat di apolo lalu disimpan dalam kolam.
Johan tiba dah agak lewat pada waktu malam. Segala persediaan perambut telah aku sediakan. Umpan udang dipertaruhkan pada awal malam tu hanya beraya menaikan beberapa ekor tetanda sahaja. Selain tu, ikan serkut atau dikenali ikan sarjan di atas kelong kerap mengutis umpan udang hidup menambah derita kami semua. 
Lebihan umpan  udang turut kami gunakan pada awal pagi tetapi nampaknya hampa juga. habis umpan udang dikerjakan ikan serkut tetapi tiada pula hasil yang membanggakan. Setelah umpan udang habis, kami beralih kepada umpan tambna hidup dan juga hirisan bebolos juga gagal. 
Setelah lewat petang, 2 orang pemancing yang baru naik kelong berjaya pula menaikan dua ekor ebek bersaiz 1 kg. Mungkin rezeki tidak memihak sebelah kami . 
Jika ada sesiapa berminat menggunakan perkhidmatan guide memancing di atas kelong Pozi, Kelong Mamud tengah atau kelong mamud tepi boleh menghubungi aku di 012 6804742- sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan