Khamis, 4 Disember 2014

UMPAN PUMPUN TERBAIK DI KELONG NAZERI BAGAN LALANG

Sebenarnya aku memang tak ada plan langsung ke kelong Nazri memandangkan aku baru sehari balik dari kelong Mamud. Tetiba sahaja dapat panggilan dari kawan mengajak memancing di kelong dan segala bayaran memancing dia yang setelkan. Puas juga la memujuk isteri dan akirnya dapat juga lesen keluar lagi. Agak meluicukan tetapi menarik sekali.

Sesampai di kelong purata aku dah kenal dan salah seorang yang aku gelar atuk sememangnya dah Otai di kelong Pozi. Aku pun tak bawa umpan apa selain mengharapkan umpan tamban yang akan di apolo. Kecuali atok yang menggunakan umpan pumpun sepenuhnya. Teknik perambut yang atuk guna sama sahaja dengan pemamcing lain iaitu teknik gantung 2 mata sahaja. Yang agak berlainan ialah atuk menggunakan mata kail kecil gamakatsu bersaiz 8 sahaja. Memang menghairankan tetapi terima sajalah kenyataan bahawa 4 ekor jenahak dara, seekor gerut2 besardan beberapa ekor daun baru besar dapat dinaikan oleh atuk. 

 Yang menghairankan, jenahak sini tak makan tamban sangat tetapi memeng sukA belasah pumpun yang di cakuk seekor pada mata kail. Aku memang angkat tangan pada atuk kerana teknik perambutnya agak pelik tetapi begitulah hakikatnya. Aku pula hanya mampu layan gelama dengan serkut.
Biar gambar di bawah berbicara bagaimana mata kail dan umpan pumpun berjaya menewaskan ikan2 di kelong Nazeri Bagan lalang.




atuk dan jenahak siang


ustaz dan jenahak koyan umpan tamban


daun baru pinggan dan piring serta baby senangin
 jenahak dara dan tadika

separuh hasil

Rabu, 3 Disember 2014

PEMANCING DARI KOTA KE KELONG MAMUD

Pakej yang aku bawa ni dapat dari seorang kawan yang juga pernah mengikut aku memancing di kelong. kali ni dia offer aku bawa pemancing muda yang rata2 orang bandaraya. Mungkin agak kekok juga bagi pemancing yang pertama kali naik kelong.
Selepas memberi sedikit taklimat, aktiviti memancig pun bermula. Petang tu, aku minta pemancing cari ikan lauk dahulu iaitu memancing gerut2 memandangkan air sedang beralih pasang. Baru 3 ekor gerut2 dinaikan, hujan pun turun dengan lebat sekali. Maka aktiviti memancing pun tergendala sekejap. 
fauzi

petang tu hanya aktiviti apolo sahaja yang dibuat memandangkan ikan tak mahu jamah umpan. Ada sekor dua anak2 talang sahaja yang berani mengusik umpan tamban hidup. Aktiviti membangau ini diteruskan sehingga malam dan awal pagi diselangi dengan hujan renyai. Hanya ada seekor anak semilang yang berjaya dipancing. Memang agak mengecewakan tetapi itu memang perkara biasa membangau di kelong mamud terutama pada waktu ,alam.

Aktiviti memancing diteruskan semula di kala  sang suria menampakan diri selepas bersembunyi semalaman. Pagi tu agak meriah apabila 3 ekor jenahak dara dan teruna dapat dinaikan diselangi dengan beberapa ekor talang. Pada jangkaan aku talang yang akan banyak dinaikan tetapi jangkaan aku meleset. 

Walaubagaimanapun, muka2 pemancing muda kotaraya kelihatan kembali ceria selepas aktiviti membangau dari petang sehingga ke malam. Apa2 kekurangan semasa aku bawa trip ni, sila ampun dan maaf kerana itu sahaja yang aku terdaya dan mampu lakukan. Jika ada sesiapa yang berminat nak menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing di kelong boleh hubungi aku di 0126804742 - Sabri

(Maaf, tak ada  gambar hasil tangkapan) 






kelong mamud tengah

Jumaat, 31 Oktober 2014

ORANG MUDA KLANG DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT

kelong mamud tengah
Iem dan rakan2nya dari kelang memang terbaik kerana mengikut pakej aku pada hari arus menyorong kecik. Hari yang sesuai memancing di kelong Mamud tengah. 
Seperti yang dijanjikan, tapi aku plak yang datang lambat. Apabila lambat, apa lagi aku kena angkut barang2 yang banyak tu sorang2 la. Mau juga tergeliat urak belikat ni. Nasib baik sesampai di kelong, kawan Iem sudi membantu mengambil air dan apolo tamban.
Seramai 8 orang termasuk Iem yang datang memancing di kelong mamud. Pada hari tersebut aku sediakan udang sebanyak 150 ekor tapi tak habis pun kerana banyak guna tamban hidup. 
Petang hari pertama kami layan gerut2 sahaja memandangkan umpan tamban tak laku langsung petang tu. Bukan sahaja dimana cerita yang sama di bawa sampai ke malam. Malah, pada waktu malam langsung tiada getuan samada ikan besar atau pun kecil. Zaki yang tekun menunggu jorean di bucu kelong dari petang sampai malam nampaknya begitu hampa. Begitu juga pemancing lain.
layan ikan lauk dulu
Ubat yang sebenar jika ikan tidak mahu buka mulut ialah tidur. Awal pagi kami dah bangun, lalu apolo tamban hidup. Apabila  sang suria memancarkan cahaya sahaja, joran zaki dibaham seekor jenahak dara. Diikuti juga dengan rakan2 yang lain juga. 4 ekor jenahak tepi jamban dapat dinaikan. Semuanya saiz jenahak dara sahaja. Habis sahaja cerita jenahak disambung pula talang yang mengambur2 tapi sayang banyak juga talang yang rabut menyelamatkan diri disebalik tiang kelong.
Talang nampaknya menyambar umpan sehingga hampir tengahari tetapi sentapan talang makin tak bersungguh dan banyak kes curi umpan.
Akhir sekali aku mohon maaf kepada Iem dan kawan2 jika layanan saya tidak seperti yang diharapkan. Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan khidmat guide di kelong Mamud boleh hubungi saya di 0126804742 - sabri




kesabaran Zaki berbayar
talang pun best

jenahak dara kembar

kiri sekali ialah encik Rahim @Iem

ini jenahak aku

bergambar dengan jenahak orang boleh kot?

aku yang bawa korang ke sini jadi jenahak ni aku punya la
lain kali datang lagi

DUA BERADIK DI KELONG MAMUD LUKUT

kelong mamud tengah
Ni cerita Anuar dan adiknya. Kami masuk hari jumaat dan aku pula sampai lewat  kerana banyak barang yang aku nak kena beli.
Aku amik walaupun berdua kerana esok satu group[ dari enang nak masuk. Arus pada hari tu memang besar dan kurang sesuai memancing di kelong mamud. Aku sendiri pernah membangau di kelong mamud semasa arus besar. 
Di atas kelong juga dah ada ramai pemancing. Nampaknya tamban memang banyak pada hari tersebut. Aku Hanya seekor anak gubal saja yang sudi membaham umpan tamban hidup. Memang ada talang yang masuk tapi port tu dah kena sailang dengan pemancing lain. 
Aku tak mau cerita panjang kerana memang tak ada habuan yang best pada trip ni. Biar gambar yang menceritakan betapa kumpaunya kami.
anuar dengan depu






amir dengan anak gubal


DARI PENANG KE KELONG MAMUD LUKUT

kelong mamud tengah

Trip kali diketuai oleh en Zaidi. Seramai 8 orang yang datang dan purata kesemua mereka memang dah mahir memancing. Kata Zaidi sekadar jalan-jalan tengok tempat orang. 
Zaidi dan gang sampai awal pagi lagi kat kelong mamud. Semasa sampai tu ada sedikit perselisihan faham di mana Zaidi dan gang beranggapan mereka tapow satu kelong. Sebenar harga yang aku  bagi tu  memang bukan harga tapow. Apa-apa pun aku mohon maaf pada Zaidi dan gang Penang kemungkinazn salah aku juga tidak memberi penjelasan yang jelas.
Oleh kerana hari tu memang hari minggu, jadi ramai juga la pemancing di atas atas kelong. Menambah seksa lagi ramai plak otai-otai kelong yang naik dengan joran galah masing2.
servay cari port lepak
 Aku minta pemancing layan arah laut dahulu memandang arus mula pasang. Apa2 pun cari ikan lauk dulu layan gerut2 dan serkut. Memang ada juga la gerut2 dan serkuty yang naik. Ada juga seorang dua layan umpan ikan tamban hidup. Semasa arus nak beralih, tetiba salah satu joran yang hulur bucu kelong mendapat sentapan kasar. Seekor jenahak dara berjaya dinaikan. 
Nampaknya ikan hanya ragut umpan waktu siang saja di mana malam hari semua joran keras beku. Hanya Wak Din dan Rial saja masing2 menaikan seekor jenahak dara juga. 
Keesokan hari , aku cuba servay lubang jenahak tetapi nampaknya dah kena booking pemancing lain. Begitui juga lubang talang juga dah kena sailang ngan orang lain. Mau tak mau Zaidi dan gang hanya dapat layan mancing arah laut saja. 
Tak ada hasil yang memberangsangkan kecuali sekor tetanda remaja dan juga gerut2 dan serkut saja. Ada juga hasil setengah bag air batu tapi saiz comel2 saja. Hasrat Zaidi dan gang nak tarik monters2 tak tercapai.
Apa pun aku mohon maaf ya en Zaida dan gang. 
Tambah serius lagi, phone pula habis bateri dan kamera pula tak bawa. Banyak hasil tangkapan yang tak dapat aku jadikan bukti. harap maaf.
Barang sesiapa berminat memancing atas kelong menggunakan khidmat guide saya.. sila call 012 6804742 sabri
jenahak dara tunggal

Isnin, 18 Ogos 2014

DARI JITRA KE KELONG MAMUD

En Mansor dengan jenahak DARA
Ini merupakan trip aku yang bermula balik selepas cuti panjang akibat kurang sihat. Encik Mansor yang menelefon aku dari Jitra Kedah menyampaikan hasrat nak memancing di atas kelong . Bincang punya bincang aku cadangkan kelong mamud tengah memandangkan tarikh 15 dan 16 ogos 2014 arus bergerak menyorong kecil dan suai kalau nak memburu talang di Kelong Mamud tengah.
Pada hari dijanjikan sampailah en Mansor bersama isteri dan 3 orang anaknya. Pada petang tu kami naik kelong hampir gelap dan aku agak kelam-kabut juga menyediakan perambut dan joran. Oleh kerana tamban hanya dapat diapolo beberapa ekor, aku cadangkan mereka menggunakan umpan udang hidup 250 yang aku sediakan. Untungnya En Mansor kerana kebetulan salah seorang wartawan majalah umpan juga nak naik kelong untuk buat story pasal kelong.
Malam tu kami memang keras sejuk beku kerana tiada seekor ikan yang sudi menjamah umpan udang hidup yang dihulur. Oleh kerana kebosanan sangat aku mencadangkan en Mansor layan apolo ikan bawaal bulan yang banyak berlegar2 bawah lampu di bawah kelong. Baru aku hulur bawah lubang terus sahaja dapat sambaran. Eh.. galak pula ikan bawal bulan pada malam tu. Selalunya tak mahu ia menyambar mata apolo. Malam tu sahaja en Mansor dapat la menaikan beberapa ekor bawal bulan untuk menghilangkan rasa bosan dan stress.... 
talang yang kena sebat dan di kerat
Sambung pagi esok pula barulah ikan talang dan beberapa ekor jenahak dara sudi  menjamah tamban dan sotong kurita yang dihulurkan. Selain tamban dan sotong yang ditangguk kami juga guna todak besar kerana nak menjerat baracuda tapi hasilnya sambaran sahaja yang dapat tapi tak hook. Ada sekali tu joran dah kena ikan talang tapi disambar monters apa tah menyebabkan talang tadi tu hanya tinggal kepala sahaja. Rasa2 aku memang kerja baracuda yang suka memotong ikan. Pada pagi tu juga Wak Din kawan yang baru naik berjaya menaikan beberapa jenahak dan juga senangin gubal. 
Selama berada di kelong mungkin ada terkurang layanan atau tersalah bahasa saya mohon en Mansor maafkan.  jikalau ada sesiapa yang berminat menggunakan kidmat guide memancing kelong area Kuala Lukutbolehlah menghubungi saya di talian 012 6804742.  Terima kasih.

jenahak wak Din

talang yang diburu jenahak yang mari

Selasa, 4 Mac 2014

TRIP MEMBURU BANDANG DI KELONG POZI

keindahan sunset dari kelong
Sebenarnya ini trip pembukaan 2014 di Kelong pozi. Bukan aku merajuk atau tawar hati nak naik kelong Pozi tetapi memandangkan sejak awal 2014, kelong Pozi sentiasa penuh terutama semasa air pasang besar. Memang aku ada dengar ikan dah mula masuk kelong Pozi apabila aku mendengar ramai pemancing menaikan ikan ebek dan juga bandang yang masuk setahun sekali sahaja. 
Tetiba aku dapat panggilan daripada Hassan dan kawan2nya nak guna khidmat aku sebagai guide memancing pada 1 Mac di kelong Pozi aku terima dengan tangan terbuka. Ini peluang terbaik aku nak test ikan bandang sekali lagi apabila banyak kali aku tewas pada tahun lepas. Kalau dalam pakej yang aku buka aku hanya sediakan 30 ekor udang hidup tetapi untuk trip ni aku sediakan 250 dang hidup untuk 4 orang pemancing.
kalau hasil macam ni boleh la senyum skit
Sewaktu aku tiba di kelong Pozi,  Sudah ramai pemancing yang ada di atas kelong dan ada juga yang telah mengenali aku. oleh kerana aku tiba dah hampir senja, Jadi aku tak sempat nak apolo anak ikan tamban untuk dijadikan umpan dan nasib baik umpan udang hidup aku telah sediakan banyak. Hasan dan gangnya pula tiba agak lewat kerana kekangan kerja.
Oleh kerana tiada umpan tamban hidup, jadi aku hanya sediakan perambut 30 lb dengan mata kail saiz gelama sahaja. Target aku pula ialah ikan daun baru dan kapas sahaja. Aku meminta hasan dan gangnya hanya menggunakan udang yang mati sebagai umpan kerana umpan udang hidup aku nak prepair waktu pagi.
Pada awal malam tu, satu  group pemancing lain telah menaikan ikan ebek dan juga daun baru . Aku agak hairan kerana ikan ebek jarang makan pada waktu malam. Aku terus memberi semangat kepada hassan dan kekawannya supaya terus rajin menukar umpan. Hasil berkat kerajinan Hassan dan kekawanya, mereka berjaya menaikan dua ekor ebek, seekor bandang, seekor ketuka, seekor daun baru dan beberapa ekor anak2 ikan kecil. Yang aku pelek sekali lagi, tak pernah pula aku lihat ikan bandang dinaikan pada waktu malam di kelong Pozi.
jejaka hensem ni hassan namanya
Pada awal-awal pagi esoknya, aku terus selitkan joran aku di port ikan bandang walaupun dah ada joran pemancing lain. Akhirnya, apa yang aku impikan menjadi apabila bandang mula menyambar umpan udang hidup yang dihulurkan. maka bergilir2 hasan dan gangnya melayan bandang berselang seli dengan pamancing lain. Bukan bandang sahaja malah ebek juga turut memeriahkan suasana. 
Aku ingat nak pulang lewat petang memandangkan ikan tengah galak menyambar umpan tetapi aku terpaksa pulang agak awal pula kerana dah janji dengan isteri nak celebrate birthdahnya pada malam tu. Sebelum pulang tu, kawan aku si Rizal pula sampai dengan 10 batang senjatanya. Sedang aku dan hasan sedang punggah alatan ke dalam bot, aku tengok Si Rizal tengah syok melayan ebek yang menghentam umpan udang hidupnya.
Kepada sesiapa yang berminat nak gunakan aku sebagai khidmat guide memancing di kelong Pozi, kelong mamud tengah dan kelong mamud tepi boleh menghubungi aku di talian 012 6804742 sabri



tamok ni aku guna teknik baru dan rahsia.. hehehe

pertama kali bergambar dengan bandang

asalkan nama daun baru atau lama tak kisah laa..

ahli baru yang dah kena racun... hehehe

nak masak apa ni weh.. aku tak tau masak la