Rabu, 3 Oktober 2012

BERSAMA AYAHANDA DI ATAS KELONG



Pada 22 sept 2012, aku membawa satu group seramai 19 orang naik atas kelong. trip ni Pozi yang dapatkan dan aku hanya menjadi guide. Oleh kerana ramai pemancing, aku terpaksa menggunakan seorang pembantu iaitu bekas anak murid aku yang dah bersara bersekolah.
Kalau aku yang ambil trip ni aku pasti tak akan mencadangkan tarikh hari ini kerana air laut hampir mati atau tak bergerak.
Aku menyediakan 300 ekor udang hidup bersaiz kecil dan besar. Aku langsung tak berani nak bertaruhkan ikan besar kerana air yang kecil dan bergerak perlahan. 
Oleh kerana air tak berapa cantik untuk memancing di kelong, aku terpaksa ubah strategi. Aku tak mahu memburu jenahak kerana air kecil. Jadi aku meminta pemancing menggunakan mata kail yang kecil dan targetnya hanya ikan daun baru atau kapas. 
bagi rod2 yang lebih besar, aku mencadangkan pemancing menghulurkan umpan udang hidup di bawah atau tepi kelong sahaja. Manalah tahu mungkin kerapu sudi meragut umpan udang hidup. Salah satu joran pemancing aku letakan di kawasan target kerapu di tepi kelong. Semasa air bergerak pasang, tetiba joran yang aku letak tadi melengkung ke bawah. Aku menganggarkan seekor kerapu besar yang menghentam umpan. Aku meminta pemancing mengepam dengan segera kerana bimbang ikan tersebut melarikan diri ke bawwah kelong. Oleh kerana air pada masa tersebut masih cetek, aku dapat melihat ikan yang meronta melarikan diri. Talang, seekor talang yang besar melintang cuba melarikan diri namun ikan tersebut tak dapat menewaskan multiplier bersama rod yang keras. seekoe talang berskala 3.5 kg berjaya dinaikan dan ini merupakan satu rekod peribadi kelong.
Tak banyak ikan lain yang dipancing melainkan beberapa ekor tetuka dan semilang sahaja. Aku juga tak dapat menyiarkan banyak gambar kerana terlupa bawa kamera melainkan aku menggunakan kamera handphone sahaja. Jika ada sesiapa yang berminat mengguna pakej memancing di atas kelong Pozi bolehlah menghubungi saya di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Komen