Isnin, 18 Februari 2013

PUBLIC BANK ANGLERS DI ATAS KELONG POZI

kelong Pozi
Pakej kali ini seramai 18 orang diketuai oleh En Shahar naik  kelong Pozi pada 12 jan 2012. Beliau yang menelefon aku akan masuk pagi. Oleh kerana mereka akan masuk pagi, maka aku terpaksa naik kelong petang jumaat 11 Januari kerana aku perlu buat persiapan  awal supaya tidak kelam kabut semasa group ni naik kelong. Selain tu, aku juga perlu awal kerana nak apolo umpan tamban hidup yang banyak pada awal pagi. Selain tamban dan selar aku juga menyediakan 300 ekor udang hidup. Kali ini aku sediakan juga 3 kolam takungan umpan ikan hidup yang boleh memuatkan hampir 200 ekor tamban dan selar hidup.Aku yang naik kelong sehari lebih awal dan menaikan seekor senangin dan ikan susu.
Encik Shahar yang lewat sedikit dari jadual awal tiba di kelong lebih kurang pada pukul 11 pagi. Oleh kerana ramai, boatman angkut 2 kali ke kelong. Setelah sampai, aku bagi sedikit taklimat awal seperti biasa untuk dapatkan sedikit info tentang pemancing. Rupa2nya ada 2 kumpulan pemancing iaitu kumpulan yang sudah otai dan yang baru berjinak dengan dunia memancing.
Pada hari memancing air laut agak sejuk dan ikan agaknya tidak aktif membuatkan kebanyakan pemancing membangau sahaja. Hanya anak2 ikan kecil yang banyak menggetu umpan udang hidup. Gambar2 di bawah tentu boleh menceritakan keadaan sebenar di atas kelong. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada encik Shahar dan geng yang sudi menggunakan khidmat dan pakej aku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

2 ekor susu

daun baru, ketuka, ikan sebelah dan susu


susu dan senangin

senangin 2.5 kg

anak ebek


en Shahar sedang menyediakan BBQ

mr kerapu

anak jenahak sahaja. Mana mak bapaknya?

masih pelbagai spisis

sepatutnya lebih hasil lagi

strike seekor penyu buat semua orang gabra

hasil gred A

Public bank anglers

apa salahnya bergambar






Tiada ulasan:

Catat Ulasan