Jumaat, 31 Oktober 2014

DARI PENANG KE KELONG MAMUD LUKUT

kelong mamud tengah

Trip kali diketuai oleh en Zaidi. Seramai 8 orang yang datang dan purata kesemua mereka memang dah mahir memancing. Kata Zaidi sekadar jalan-jalan tengok tempat orang. 
Zaidi dan gang sampai awal pagi lagi kat kelong mamud. Semasa sampai tu ada sedikit perselisihan faham di mana Zaidi dan gang beranggapan mereka tapow satu kelong. Sebenar harga yang aku  bagi tu  memang bukan harga tapow. Apa-apa pun aku mohon maaf pada Zaidi dan gang Penang kemungkinazn salah aku juga tidak memberi penjelasan yang jelas.
Oleh kerana hari tu memang hari minggu, jadi ramai juga la pemancing di atas atas kelong. Menambah seksa lagi ramai plak otai-otai kelong yang naik dengan joran galah masing2.
servay cari port lepak
 Aku minta pemancing layan arah laut dahulu memandang arus mula pasang. Apa2 pun cari ikan lauk dulu layan gerut2 dan serkut. Memang ada juga la gerut2 dan serkuty yang naik. Ada juga seorang dua layan umpan ikan tamban hidup. Semasa arus nak beralih, tetiba salah satu joran yang hulur bucu kelong mendapat sentapan kasar. Seekor jenahak dara berjaya dinaikan. 
Nampaknya ikan hanya ragut umpan waktu siang saja di mana malam hari semua joran keras beku. Hanya Wak Din dan Rial saja masing2 menaikan seekor jenahak dara juga. 
Keesokan hari , aku cuba servay lubang jenahak tetapi nampaknya dah kena booking pemancing lain. Begitu juga lubang talang juga dah kena sailang ngan orang lain. Mau tak mau Zaidi dan gang hanya dapat layan mancing arah laut saja. 
Tak ada hasil yang memberangsangkan kecuali sekor tetanda remaja dan juga gerut2 dan serkut saja. Ada juga hasil setengah bag air batu tapi saiz comel2 saja. Hasrat Zaidi dan gang nak tarik monters2 tak tercapai.
Apa pun aku mohon maaf ya en Zaida dan gang. 
Tambah serius lagi, phone pula habis bateri dan kamera pula tak bawa. Banyak hasil tangkapan yang tak dapat aku jadikan bukti. harap maaf.
Barang sesiapa berminat memancing atas kelong menggunakan khidmat guide saya..

berminat pakej guide : 01120704297  sabri
jenahak dara tunggal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan