Jumaat, 31 Oktober 2014

ORANG MUDA KLANG DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT

kelong mamud tengah
Iem dan rakan2nya dari kelang memang terbaik kerana mengikut pakej aku pada hari arus menyorong kecik. Hari yang sesuai memancing di kelong Mamud tengah. 
Seperti yang dijanjikan, tapi aku plak yang datang lambat. Apabila lambat, apa lagi aku kena angkut barang2 yang banyak tu sorang2 la. Mau juga tergeliat urak belikat ni. Nasib baik sesampai di kelong, kawan Iem sudi membantu mengambil air dan apolo tamban.
Seramai 8 orang termasuk Iem yang datang memancing di kelong mamud. Pada hari tersebut aku sediakan udang sebanyak 150 ekor tapi tak habis pun kerana banyak guna tamban hidup. 
Petang hari pertama kami layan gerut2 sahaja memandangkan umpan tamban tak laku langsung petang tu. Bukan sahaja dimana cerita yang sama di bawa sampai ke malam. Malah, pada waktu malam langsung tiada getuan samada ikan besar atau pun kecil. Zaki yang tekun menunggu jorean di bucu kelong dari petang sampai malam nampaknya begitu hampa. Begitu juga pemancing lain.
layan ikan lauk dulu
Ubat yang sebenar jika ikan tidak mahu buka mulut ialah tidur. Awal pagi kami dah bangun, lalu apolo tamban hidup. Apabila  sang suria memancarkan cahaya sahaja, joran zaki dibaham seekor jenahak dara. Diikuti juga dengan rakan2 yang lain juga. 4 ekor jenahak tepi jamban dapat dinaikan. Semuanya saiz jenahak dara sahaja. Habis sahaja cerita jenahak disambung pula talang yang mengambur2 tapi sayang banyak juga talang yang rabut menyelamatkan diri disebalik tiang kelong.
Talang nampaknya menyambar umpan sehingga hampir tengahari tetapi sentapan talang makin tak bersungguh dan banyak kes curi umpan.
Akhir sekali aku mohon maaf kepada Iem dan kawan2 jika layanan saya tidak seperti yang diharapkan. Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan khidmat guide di kelong Mamud boleh hubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri




kesabaran Zaki berbayar
talang pun best

jenahak dara kembar

kiri sekali ialah encik Rahim @Iem

ini jenahak aku

bergambar dengan jenahak orang boleh kot?

aku yang bawa korang ke sini jadi jenahak ni aku punya la
lain kali datang lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan