Rabu, 8 April 2015

TRIP PAKEJ TERBAIK 2015 DI KELONG POZI

pemandangan fenomena alam
Ni cerita pakej yang aku bawa. Seramai 10 orang yang mengikuti pakej aku pada 4/4 2015. Di antara pemancing yang aku bawa, ada yang pernah naik kelong Pozi tetapi tak dapat hasil yang memberangsangkan. Oleh sebab itu, Wan yang mengetuai sepasukan pemancing dari Melaka menelefon hendak menggunakan aku sebagai Guide.
Kami naik kelong sewaktu hampir tengahari. Sebelum bergerak ke kelong, pozi telah bagi pembayang bahawa ikan bandang masuk banyak kerana pemancing sebelum ni telah menaikan banyak ekor bandang. Aku menyediakan 300 ekor udang hidup untuk trip ini. 
Sesampai di kelong, wan and the gang mempersiapkan senjata masing dan dan perambut masing2. Aku mencadangkan mereka memancing ikan jejulung dan juga memancing anak ikan kecil seperti bebolos dahulu sebagai pemanas badan memandangkan air dah surut habis dan hampir  mula pasang. 2 batang joran digunakan untuk memancing jejulung dengan menggunakan mata kail apolo dan pelampung. Banyak juga jejulung yang dinaikan lalu disimpan dalam kolam sebagai stok umpan ikan besar.
strike pertama
Manakala pemancing yang lain aku sediakan perambut apolo 3 mata dan 2 mata. Aku cadangkan mereka guna umpan udang potong dan juga umpan sotong cumit yang masih segar yang aku beli di pasar tanjung sepat.Salah seorang dah berjaya menaikan seekor daun baru yang agak berskala 1 kg. Selang tak lama kemudian semasa arus bergerajk pasang perlahan, sebatang joran disentap kasar lalu seekor pari daun junior pula berjaya dinaikan.
selepas masak dan makan, giliran aku pula memasang joran. memandangkan ada umpan jejulung, jadi aku gunakan 2 batang joran dengan menggunakan teknik fly berperambut 30 lb disambung wayar dawai dengan 2 mata kail bersambung. Tidak lama kemudian, joran yang menggunakan teknik fly berumpan jejulung besar disambar baracudda bersaiz 6 kg. Selain itu, semasa arus sedang berkembang besar, beberapa kali umpan disentap bandang tetapi hanya seekor sahaja yang dapat dinaikan. 
Aktiviti memancing pada waktu malam lebih tertumpu menggunakan umapan ikan tamban hidup selain umpan udang potong. Semasa arus sedang mula pasang lewat malam, salah satu joran 17 kaki aku terangkat disentap seekor kerapu naga bersaiz 2 kg. selepas kerapu dinaikan, aktiviti lebih bertumpu kepada aktiviti buat taik mato sajo.
layan guna mata bebolos saja
Aktiviti memancing yang tergendala sebentar disambung awal pagi. Pagi tu memang meriah dengan sentapan Sang Bandang tetapi hanya 6 ekor sahaja yan g berjaya dinaikan manakala belasan ekor lagi berjaya menyelamatkan diri kerana kerakusan pemancing juga. Selain Sang bandang, Sang Ebek dan Sang Gt juga berjaya dinaikan. Selepas makan tengahari, wan dan Pasukannya terpaksa pulang awal kerana ada rakan yang ada tugasan dan hal lain.
Aku pula yang pulang kemudian kerana hendak mengemaskan barang sambil2  meneruskan aktiviti memancing berjaya menaikan seekor bandang dan yang selebihnya rabut juga. Tetiba, aku tersentak dengan bunyi deburan dan percikan  air dek sambaran ikan.Dalam ketika itu jiga salah satu joran fly aku yang berumpan jejulung melengkung di tarik ikan besar. Tak sampai seminit, Sang Talang menampakkan diri apabila mengamburkan diri ke udara. Selepas berhempas pulas dengan reel aku yang berharga rm 35 akhirnya Sang Talang berskala 8 KG berjaya dihook naik. 
Kepada Wan dan team, aku mohon maaf seandainya layanan yang aku berikan tidak memuaskan hati. Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan aku sebagai khidmat guide memancing atas kelong area Kuala Lukut boleh menghubungi aku.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri
aku...???
kira pari juga nih...

bandang dan aku, mana hensem??


tuan lebih malu dari ikan

ikan sapa ni oooiii..

aku lagi.. jangan dengki ek

pinjam ikan dan joran jap...
yang ni aku lebih hensem.. heh








































penutup tirai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan