Selasa, 6 Januari 2015

REZEKI KAWAN LAMA KELONG MAMOD KUALA LUKUT

kelong mamod tengah kuala lukut
Trip kali ni, aku bawa rakan setugas bekas sekolah aku iaitu cikgu Dollah bersama isteri dan teruna beliau. Beliau yang baru berjinak dalam bidang memancing pun sudah berani menerjah ke kelong. Bagaimana dengan rakan2 lain yang dah lama memancing?
Bila nak Ke kelong wahai kawan2?
Azhar, mai la kelong..
Ami juga bawa la isteri tu mai mancing atas kelong.
Azizi, bawa la kawan2 tu ke sini..
jenahak yang dijadikan lauk di kelong
Cikgu Dollah memang enjoy memancing. Walaupun hanya layan apolo tamban, tetapi beliau dan isteri bersungguh menaikan tamban dan selar. Aku memang suka pemancing yang begini, tetap enjoy dan layan walaupun ikan kecil. Memang niat kita nak mancing dan enjoy dan tak perlu kita blok dalam diri sehingga melepaskan perasaan pada dinding kelong.
Walaupun trip ni aku tak jangkakan apa2 kelebihaN tetapi 2 kali rabut gubal dan 3 kali rabut jenahak membuatkan aku terasa putih mata juga la. Walaubagaimanapun, rezeki masih berpihak kepada cikgu Dollah apabila seekor kerapu, seekor jenahak, seekor parang, 2 ekor tetanda dan ratusan tamban dan selar.
Hujan yang gerimis dan selang seli dengan lebat sepanjang hari membuatkan suasana atas kelong sejuk dan basah sentiasa. Walaubagaimana pun, cuaca yang tidak memihak tidak menghalang cikgu Dollah, isteri dan anaknya enjoy di atas kelong Mamod.
Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing di atas kelong, bolehlah call di 0126804742 sabri


kedatangan cikgu Dolah disambut kerapu

tersenyum cikgu Dolah dengan kerapunya

ni baru betul Jenahak panggang

Tambah kapsyen

Tambah kapsyen selepas 10 tahun tak berjumpa

Tiada ulasan:

Catat Komen