Selasa, 29 Mei 2012

'FAMILY DAY' KELUARGA KAMISAH DI KELONG POZI LUKUT

kelong Pozi lukut
Puan Kamisah telah menempah awal untuk pergi ke kelong Pozi Lukut iaitu dalam bulan Februari 2012. Mereka memang selalu berkumpul dalam keluarga sekali setahun sambil berjalan2 makan angin tetapi trip kali ini, mereka memilih untuk memancing. Tapi sayang sekali, saat2 akhir Puan Kamisah tidak dapat hadir kerana beliau tetiba sahaja akan mendapat anak setelah sekian lama menanti. Jadi, beliau mewakilkan kepada suaminya iaitu encik Arshad dankeluarganya yang lain sahaja untuk ke kelong. Apa2 pun saya ucapkan tahniah kepada Puan Kamisah .
kegembiraan terpancar dari gelak ketawa kekanak ini
Oleh kerana dalam group ni ramai kanak2 iaitu seramai 7 orang berumur antara 6 hingga 7 tahun. Aku tetah menyediaka 2 hemop untuk dijadikan buaian. Nampaknya buaian aku tak pernah lekang dengan penghuni. Malah kekanak ni bergilir2 menaiki buaian walaupun sekali sekala berebut-rebut.


oleh kerana ikan tak nak tarik, jadi aku tarik lelayang saja lah

Selain buaian, aku turut menyediakan lelayang untuk dimainkan terutama pada waktu tengahari iaitu pada waktu ikan duk rehat macam kita juga. oleh kerana angin pada hari tersebut agak kuat, maka ada lelayang yang patah sayap lalu terjunam ke dalam laut. Walaubagaimanapun, kekanak tu memang berasa gembira.
ini ikan yang aku pancing. besar tak?

Berbalik kepada cerita memancing pulak, aku menyediakan 150 ekor udang hidup. Oleh kerana trip yang lepas aku telah menaikan ikan susu dan ebek, penggunaan umpan udang hidup memang efektif. Plan aku agak berjalan lancar kerana petang tu kami berjaya menaikan seekor daun baru besar, seekor ebek dan terlepas seekor ikan susu.

selalu sangat berkelah di pantai, apa kata berkelah atas kelong plak

Selain umpan udang hidup, kami juga menggunakan umpan tamban hidup yang di apolo. Bab mencari umpan aku tak risau untuk kali ini, kerana ada seorang bebudak yang berbaju oren memang pandai memancing. kebanyakan umpan tamban hidup diapolo olehnya.

ini memang otai memancing tak sepadan dengan usia dan saiz badan

Untuk penggunaan umpan tamban hidup, aku target bahagian depan kelong kerana lubuk jenahak agak dekat dan penggunaan rod yang pendek sudah memadai. Sekali lagi plan aku menjadi kerana petang itu juga satu ragutan kasar telah mengena tetapi sayang ikan berjaya melepaskan diri.

daun baru, gelama, mentimun, jenahak, sebelah, todak dan ebek. macam2 ada

Kami pulang pada awal petang kerana air pasang agak lewat. Setelah seharian semalam berada di atas kelong hanya hasil seekor daun baru bersaiz 1 kg, ebek bersaiz hampir 1 kg dan 2 ekor jenahak bersaiz junior serta beberapa ikan kecil yang lain dapat didaratkan. Walaubagaimanapun kami telah ragut seekor jenahak dan seekor susu.
semasa tarik dah sedap dah tetapi macam mana boleh rabut plak. jenahak tu bro...
Apa2 pun, pengalaman memancing bersama keluarga adalah satu pengalaman menarik bagi keluarga Pn. Kamisah dari Jengka Pahang. Saya mengambil kesempatan ini  memohon maaf sekiranya perkhidmatan yang saya sediakan tidak memuaskan. Jika ada yang berminat dengan pakej memancing di atas kelong Pozi lukut, bolehlah menghubungi saya.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Komen