Isnin, 16 Mac 2015

BERSAMA TOKE OTAK-OTAK DI KELONG POZI



kelong pozi kuala lukut n9
Ni trip bersama toke otak2 gambak. Beliau yang datang bersama kaki tangan dan menggunakan aku segagai khidmat guide. Arus hari tu agak cantik kerana arus pasang pagi. Ada jugakalangan pemancing yang masih muda dan nubis kubis lagi. Tapi semangat dia orang memang gak baik. Selain tu, gurau senda dia orang juga membuat aku tak kering gusi.

Berbalik kepada memancing, aku memang cadangkan dia orang naik kelong pozi kerana arus cantik. Selain arus cantik, musim ebek,gt dan bandang dah kembali ke kelong pozi.
Kami sampai kelong awal petang dan nampaknya kami dah dapat sambaran awal apabila beberapa ekor GT dah menyerah diri. Namun sebaliknya menjelang malam kami memang bangau saja. 
sambaran GT yang pertama membuatkan jadi teruja
Aktiviti kami diteruskan awal pagi dan mendapat beberapa sambaran ebek dan juga bandang. Sedang arus perlahan mula surut,  Salah satu joran dan reel  heavy aku Shimano Navy aku dapat sambaran dan tarikan padu yang laju. Dalam sekelip mata sahaja tali dah habis dan mata kail lurus. Memang aku syak Gt yang besar tetapi aku sendiri tak tahu berapa besar GT tersebut. Perkara sebegini bukanlah perkara baru di kelong Pozi kerana aku sendiri dah banyak kali mengalami tragedi sebegini.

Nak jadi cerita, selepas seminggu reel aku habis tali, pemancing di jeti batu Kuala Lukut menaikan seekor GT monster .
Memang terbakar aku tengok gambar yang dia orang hantar. Berpuluh tahun aku kejar tapi.. rezeki orang. Sekurangnya kita dapat tahu saiz ikan yang selalu menghabiskan dan meluruskan mata kail aku dan juga pemancing lain.berminat pakej guide : 01120704297  sabri
bersama bandang comel


teruja dengan ebek
macam2 hasil


aku punya

comel pun ada strike gak

balik kita goreng


Tiada ulasan:

Catat Komen