Rabu, 19 Disember 2012

PESTA JEJULUNG DI ATAS KELONG POZI

pemancing hensem
aku dapat bawa pakej ni Pozi yang bagi. aku pun tak pasti berapa orang yang masuk. aku sediakan umpan udang hidup 200 ekor mengikut kuata 10 orang pemancing. Sehari sebelum masuk kelong aku masih berada di kampung Kedah. Pada hari pakej masuk tu agak kelam kabut aku menyediakan barang. Last2.. umpan udang pulak yang lewat sampai menyebabkan aku lewat sedikit. Sebenarnya aku tak la lewat tetapi group pakej yang datang awal sedikit. 
Group pakej naik dahulu ke kelong kerana banyak barang aku yang perlu di bawa. Sesampai di kelong, aku terserempak dengan Wak Din yang mahu pulang. sempat la aku pow tamban hidup Wak Din yang berlebihan. Menurut Wak Din, agak susah mendapatkan tamban hidup sebelah petang kerana air lemah. Memang betul cakap Wak Din kerana ada banyak ikan tamban yang kelihatan tetapi agak jauh dari kelong. Aku apolo saja anak2 ikan selar untuk umpan hidup.
todak 2.5 kg 
Pada malam tu agak sunyi kerana tiada sentapan yang kasar melainkan anak ikan tetanda dan kaci yang sudi meragut umpan. Pada pagi esoknya memang ada beberapa kejadian ragut dan curi umpan di mata kail. Aku mengagak talang punya angkara tetapi yang menghairankan tidak pula mengena mata kail.
Pada awal pagi memang banyak umpan tamban hidup tetapi seperti semalam juga kejadian ragut dan curi umpan saja. Di tepi kumpulan anak2 ikan tamban juga kelihatan putih berbalik2 seperti anak talang atau GT yang mengejar tamban tetapi tak sudi menragut umpan. Mungkin tamban yang banyak membuatkan ikan kurang selera meragut umpan.
Dalam duk menunggu tu, tetiba salah satu joran panjang aku melengkung. Aku biarkan group pakej yang melayan ikan tu.. hehehe seekor todak bersaiz 2.5 kg yang meragut mata kail aku. Aku pun dah macam hilang akal macam mana nak hibur hati group pakej ni.. ikan tak nak makan umpan. 
Semasa air sedang menyusur pasang pada lewat pagi salah seorang pemancing menaikan seekor jejulung. Haaa.... aku lupa pulak waktu air mula pasang memang ikan jejulung galak menyambar umpan. Oleh kerana malas nak buat perambut, aku guna mata apolo saiz 5 berumpan hirisan umpan udang. Memang terhibur tengok gelagat dia orang melayan jejulung meriah habis. Sekejap saja berpuluh ekor jejulung berjaya di naikan.
Apa2 pun aku mengucapkan terima kasih kepada group ni yang sudi menggunakan aku sebagai khidmat guide memancing di atas kelong Pozi. Sesiapa yang berminat nak menggunakan khidmat saya sebagai guide memancing boleh menghubungi saya di talian 012 6804742 sabri

anak saja.. maknya mana?


penghibur sebelum balik.. jejulung

aquaria kelong

inilah hasil sehari semalam 

kami pulang dulu ya pak...

jejulung and the gang

banyaknya jejulung

pelbagai spisis tetapi anak2 saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan