Isnin, 13 Februari 2012

GENG TELUK INTAN

tersenyum lebar dengan jenahak saiz 2 1/2 kg
Tanpa aku sangka, kawan baik aku semasa sama-sama belajar kat IPSI menelefon dan mengajak aku memancing di kelong. terasa macam mimpi pun ada. Bukannya dekat dia orang nak datang memancing di kelong pozi Lukut. dari teluk intan ke lukut, anda bayangkanlah betapa jauhnya sekadar nak memancing di kelong. Tapi, bagi aku ini satu peluang baik berjumpa kawan lama yang tak pernah bertemu hampir 15 tahun. Lama sangat tu.
Oleh kerana kawan lama nak datang, aku pun prepare lah sikit. Pagi2 aku pergi ke Tanjung 
3 ekor saja, 3 lagi rabut
Sepat  nak cari umpan sotong yang baru naik dari laut. Tapi sayang, oleh kerana air besar, tak ada sotong baru yang naik hari tu. Aku belilah sedikit udang dan pumpun nak buat umpan.
Apabila di atas kelong pulak, aku cuba apolo umpan tamban. Apa lah nasib hari tu, tamban pun duk main jauh2 dari kelong. Dapatlah beberapa ekor tamban dan selar nak buat umpan mancing malam tu.Aku pun terpaksa buat catuan umpan hidup. Umpan tamban dan selar hanya akan digunakan semasa masa ikan makan sahaja. Aku anggarkan malam tu ikan makan antara pukul 8.30 hingga pukul 9.00 malam kerana air lambat pasang penuh.
Lebih kurang pukul 8.15 malam, aku dapat la tangguk sekor sotong katak yang malang lalu depan tangga kelong. Aku pun potong sotong katak tu, lalu suruh kawan2 aku pasang umpan hidup dan hirisan sotong katak. Anggaran aku agak tepat, pukul 8.45 malam, pancing Ah Tek kena tarik tapi malang kerana ikan lari masuk bawah kelong. Apa nak buat, tak ada rezeki. Selang 5 minit lepas tu, pancing Pak Din pula mengena lalu naik la sekor jenahak junior dalam saiz sekilo. Tak lama kemudian, pancing apek pula terlentang, riuh si Apek yang memang terkenal dengan cakap besarnya. Tapi malang, ikan tu rabut sebab si Apek asyik nak buka ikatan pancing dulu.Manakala, pancing aku senyap saja. pancing tetamu saja yang mengena.
Oleh kerana umpan tamban dan selar dah habis, aku pon pakai umpan terbeliak mata yang di apolo bawah lampu. Aku cakuk sekor terbeliak mata besar. 30 minit kemudian pancing aku pulak terlentang tapi malang jugak. Rabut lagi sebab kesilapan aku guna  mata kail agak kecil berbanding umpan.Selepas tu tak ada ragutan dan tarikan lagi sehingga pagi esoknya.
Waktu pagi tu, umpan tamban agak banyak. Mungkin harapan agak cerah pagi ni. Aku dapat lah sekor tetanda dalam 1/2 kilo. Tak lama kemudian, Si Apek riuh lagi, pancingnya mengena lagi. Nasibnya sungguh baik dapat menaikan sekor jenahak dalam anggaran 2 1/2 kilo. Apa lagi, senyum lebar dia sampai ke telinga. Mulut dia pulak bukan main becok lagi bikin kawan2 lain panas. Rezeki untuk trip ni hanya 3 ekor saja jenahak yang dapat dipancing.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan