Rabu, 19 Disember 2012

AYAHANDA RAHMAN AND THE GANG DI ATAS KELONG POZI

aku bersama Gang Ayahanda Rahman
Ayahanda Rahman memang pernah mengikut pakej aku tetapi bukan dengan group ni. Untuk pakej kali ini Ayahanda Rahman mengadakan pertandingan dalam group dan hadiah turut disediakan. Seramai 18 orang yang naik kelong. Aku telah menyediakan udang hidup sebanyak 300 ekor tetapi sayang separuhnya mati kerana penyakit. Aku juga menyediakan umpan tambahan iaitu 20 ekor sotong kurita serta beratus2 ekor tamban hidup yang aku apolo.
Sejak mula naik kelong lagi group ni memang ceria dan riuh rendah dengan gelak ketawa serta gurau senda. macam nak pecah perut aku menahan ketawa. Group ni naik pada waktu tengah hari dan aku yang naik dulu telah apolo beratus2 ekor tamban yang aku simpan dalam 2 kolam. Selain itu aku turut menyediakan perambut yang sesuai mengikut jenis umpan dan target ikan. Tetapi sayang ramai yang tak mahu mengikut rentak aku dan membuat perambut sendiri dan mata kail sendiri. 
macam2 gelagat kalau dah kung pow tu
Pada petang tu memang ada 2 kali ragut yang kasar tetapi tak hook kerana sistem drag yang terlalu loose... aku mengjangkakan seekor jenahak dan seekor ebek. Petang tu hanya depu dan bebaji yang kecil sahaja menjadi penghibur.
Pada waktu malam pemancing menggunakan umpan kurita kerana target kepada jenahak memandangkan malam sebelum ni 2 ekor jenahak berjaya dinaikan oleh Rizal. Tapi malang sekali kerana tiada ragutan langsung dari jenahak apabila melepasi waktu perdana. Aku mengagak kerana suasana riuh dan bising atas kelong menyebabkan jenahak menjauhkan diri walaupun umpan terbaik sudah digunakan. Macam2 perkara kelakar dan lucu berlaku di atas kelong. 
Ada sekali tu, salah satu joran pemancing diragut gemang. Apa yang lucunya, semasa sedang mengepam joran seluar pemancing terlondeh menyebabkan kelong gamat dengan gelak ketawa . Gelak ketawa tak tamat begitu sahaja kerana disambung dengan kutukan. Malam tu tiada ragutan yang kasar walaupun umpan terbaik dah ada.
engineer tengah check lantai kot2 ada yang patah
Pagi esoknya, awal pagi lagi aku dah apolo tamban. Kelihatan bebarapa kali talang mengambur menyambar tamban yang berselerak di sekeliling kelong. Aku mencuba teknik fly dan seekor talang bersaiz junior sahaja yang berjaya dinaikan. Memandang tiada ragutan pada pagi tu ramai pemancing menggulung joran. Yang tinggal hanya beberapa joran yang masih belum digulung. Semasa sesi bergambar beramai2 sebelum pulang, joran ayahanda Rahman berdesing di tarik ikan. Seekor jenahak sebagai penamat sesi memancing berjaya dinaikan. Sekali lagi suasana menjadi riuh terutama sekali cik ayob buyung yang selalu mengenakan orang lain.
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayahanda Rahman and the gang kerana sudi menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing. Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat aku bolehlah menghubungi aku di talian 012 6804742 sabri

layan jejulung pun jadi la

stok makanan tambahan

makan rambutan dengan bergaya

untuk sesi berjaga malam

tukang2 masak 

lesung batu dalam darurat.. hahaha

hasil tak seberapa happy yang lebih

tukang masak, tukang pukul, tukang gelak dan tukang....

kau jangan main ngan aku...

orang lain yang dapat orang lain yang bersorak

aku jugak yang juara.. hadiah aku beli untuk sendiri la
acik ayob ... kaki sakat orang mancing atas kelong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan