|
wajah ceria dalam perjalanan ke kelong |
Sebenar pakej yang aku bawa ni terdiri dari kawan-kawan aku di Pusat Ko Kurikulum Negeri Selangor. Boleh dikatakan aku kenal beberapa orang kecuali beberapa orang ahli keluarga. Seramai 8 orang yang datang di mana 3 orang lelaki dan 5 orang perempuan.
Kami bergerak ke kelong waktu pagi. Sesampai sahaja aku beri sedikit taklimat mengenai keselamatan dan jadual memancing. Selain itu aku juga memberi pembahagian tugas semoga aktiviti memancing dan berkelah berjalan dengan lancar.
Selepas taklimat, Ali, Sobry dan adiknya mengisi air dalam kolam manakala yang perempuan pula memeriksa latan dan bahan makanan yang dibawa. Nak jadi cerita, aku bawa seekor siakap dan seekor senangin untuk dijadikan lauk. Kak Bad yang berasal dari Penang pula bawa rempah kari nalla cap tarbus. Memang kari didarat, senangin dalam laut bertemu dalam kuali di kelong.
Selesai tugas, terus sesi mencari umpan pun bermula. Nampaknya banyak tamban yang didaratkan sehingga berlebihan. Tamban yang berlebihan terus sahaja disiang menjadi ikan 'tambam' goreng rangup. Najib, anak kak Zetty yang sedang beralih ke remaja pula yang sibuk nak mencari tamban. Terpaksa aku ajar dia lontar joran yang betul. Kelakarnya si Najib ni kadang2 membuatkan pemancing lain juga turut tersengih. Apa2 pun Si Najib memperoleh ijazah memancing dalam masa sehari sahaja. Si Najib memang tekun seharian duk mengarau apolo cari 'tambam'.
|
cari umpan dan lauk dulu |
Pagi tu kami berjaya mendaratkan beberapa ekor talang bulat. Semuanya masuk dalam kuali jadi talang panggang di cicah air asam.Masing2 meleleh air liur mengecap talang panggang cicah air asam utara yang aku buat sendiri. Kak Bad yang Kak zetty dan Kak Bad bersama angkatan tukang masak dibantu oleh anak aku dan kak Bad pula menyiapkan kari Nalla.
Tengahari tu, memang meriah kami makan ramai2. Lauk senangin kari nalla dan talang panggang cicah air asam. Manakala, macam biasa Si Najib masih meneruskan misinya memecahkan rekod mendaratkan ikan tamban terbanyak di kelong Mamud. Kadang2 lontarannya tersasar dan mengganggu pemancing lain. Nasib baik pemancing lain paham akan pakej yang aku bawa.
|
goreng pon sodap |
Malam hari tu kami banyak duduklepak sahaja. Memandfangkan selalu sangat sejuk beku di kelong Mamud pada malam hari. Tiada sambaran langsung umpan yang dihulur dalam air. Selepas makan siakap panggang malam tu, hujan pun turun. Memang sesuai dijadikan alasan mencari sarang masing2.
Keesokan pagi, kami terus apolo tamban yang banyak berlegar di tepi kelong. Tamban tu terus kami cakuk pada mata kail dijadikan umpan. Pagi tu, naik la 3 ekor talang lagi. Botman yang datang awal turut memancing dan mendaratkan 2 ekor jenahak. Jadi, kami terus siang talang dan jenahak tersebut dijadikan lauk tengahari nanti.
Menjelang tengahari, cuaca sangat panas. Manakala joran pula tiada sambaran langsung. Selepas makan, kami mengambil keputusan untuk pulang. Jika ada sesiapa berminat menggunakan khidmat aku sebagai guide dan pekej memancing di kelong boleh menghubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297 sabri
|
talang di awal pagi |
|
todak pun makan apolo |
|
yang pompuan sila ikut saya pergi dapur |
|
kak pergi la dulu, kami nak perabih sarapan dulu |
|
jangan lupa ajak aku makan tau, aku tidur dulu |
|
fuyooo.. lajunya bila makanan dah siap |
|
maaf la ye, mangkuk tertinggal di rumah |
|
masak sorang-sorang makan ramai-ramai |
|
korang makan la talang, aku nak makan yang ni saja |
|
ish..ish.. aku juga yang kena siang ikan. Ali
pula sodap buek taik mato |
|
jenahak bawah jamban |
|
aku dapat ikan |
|
tukar baju saja aku dapat ikan lagi |
|
mamat mana tah?? bangla kot |
|
lauk tengahari |
|
ini la Si Najib tu... hehehe kena pakai BA 24 jam |
|
talang bulat yang sodap dipanggang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan