Ahad, 2 Februari 2014

PERTAMA KALI DI KELONG MAMUD (TEPI)

akuaria gelama
Sebenarnya aku memang tak ada plan langsung nak bawa group memancing di kelong Mamud tepi memandangkan aku sendiri belum ada pengalaman memancing di sana kecuali ada sikit-sikit sahaja maklumat memancing di sana. 
Nak jadi cerita, satu group dari Selayang yang diketuai oleh Din booking nak mancing.  Oleh kerana ramai yang nak pergi memancing, jadi aku syorkan naik kelong Mamud tengah memandangkan Kelong Pozi mungkin padat sempena cuti maulidurasul. Dua hari sebelum memancing, Din memaklumkan ada 12 orang nak memancing, jadi aku ubah plan booking satu kelong iaitu kelong Mamud tepi memandangkan kelong mamud tengah juga padat dengan pemancing yang dah booking.
semangat di minit awal yang pertama
Satu masalah kelong tepi mamud ialah cetek dan susah nak dapatkan umpan ikan hidup kecuali bebolos. Maka aku sediakan 400 ekor udang hidup dan beberapa bungkus pumpun untuk Din dan gangnya. Aku naik kelong bersama2 group dalam pukul 11 pagi. Sesampai sahaja di kelong, kami terus pasang perambut yang dah aku siapkan pada malam sebelumnya. Nampaknya pembuka tirai kami ialah seekor gemang yang agak kasar berumpankan udang hidup. Selepas itu diikuti beberapa ekor tetanda yang juga dinaikan pemancing. 
Manakala aku pula pasang 4 batang set joran panjang kerana nak memburu pari kerana ramai pemancing mengatakan kelong Mamud tepi selalu dimasuki pari. Rekod yang aku ketahui, sebanyak 8 ekor pari pernah dinaikan di kelong ini semalaman. rekod yang lain tu aku tak tahulah. Apalagi, bebolos yang banyak dipancing aku jadikan umpan sahaja tetapi nampaknya pari tak masuk pula atau pari tak sudi atau tak jumpa umpan kot. Sambil melayan pemancing2 tu aku sempat juga cuba menyelidik dan teknik yang sesuai memancing di kelong ni.Akhirnya dapatlah juga aku beberapa lubang dan teknik yang sesuai memancing di kelong ni. nak juga aku bagi tau pada semua orang tetapi memandangkan masih dalam pemerhatian dan percubaan jadi aku pendamkan lah dahulu. Jangan risau, jika aku dah conform kat kelong ni nanti aku bagi tau teknik dan umpan yang sesuai di kelong ni. memang ada beberapa kejutan atau kelainan memancing di kelong mamud tepi berbanding kelong mamud tengah dan kelong pozi.
separuh masa pertama... hehehe
Akhirnya, sewaktu tengahari keesokan hari, semua pemancing pun pulang walaupun tiada hasil2 besar tetapi memang banyak hasil2 junior sahaja.
Jika ada sesiapa yang berminat dengan pakej memancing di kelong Pozi, kelong mamud tengah atau kelong mamud tepi boleh la menghubungi aku di talian berminat pakej guide : 01120704297  sabri








selepas separuh masa pertama.. dah ko

hasil di akhir2 minit

orang dah pack barang dia masih pulun lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan