Rabu, 30 Mei 2012

BELANJA NAIK KELONG

kapasiti 35 orang dewasa di atas kelong
Aku dapat pangilan daripada en Yusri nak tempah kelong pada 22 April 2012 tetapi pada hari tersebut kelong dah kena booking dengan group dari Shah Alam. Maka terpaksalah encik Yusri ubah tarikh kepada 21 April iaitu hari Jumaat. Pada mula seramai 11 orang yang nak naik kelong tetapi oleh kerana perubahan jadual hanya 5 orang sahaja yang datang.
Jenahak bersaik 1 kg lebih sahaja
Sebenarnya, encik Yusri sendiri tak dapat naik kelong tetapi beliau belanja kawan2nya naik kelong atas sebab2 tertentu yang aku sendiri tak tahu. Malah aku sendiri pun tak berminat nak ambil tahu urusan orang lain. Melihat 5 orang yang datang aku dapat mengagak bahawa group ni dah agak2 otai laut berdasarkan peralatan yang dibawa. Kalau dah otai tu paham2 saja lah.. mesti datang nak cari ikan2 besar. 
saiz yang lebih besar pun ada
Oleh kerana air laut pada hari tu pasang penuh lewat petang, jadi aku mengagak ada ebek atau susu atau daun baru yang masuk. Aku mencadangkan kepada group tersebut supaya menggunakan umpan udang hidup terlebih dahulu sementara aku mencari umpan tamban hidup untuk diisikan ke dalam kelong. Namun umpan udang hidup habis begitu sahaja kerana digetu oleh anak2 ikan kecil kerana arus agak perlahan. Setelah bertukar umpan berkali2 barulah seekor ikan susu sudi menyambar umpan. Maka berlakulah perlawanan tarik menarik tetapi sayang sekali kerana ikan susu berjaya melepaskan diri dalam lompatannya yang terakhir di tepi kelong.
tersenyum dengan hasil tangkapan

Selang masa tak lama kemudian, satu lagi deringan alarm kekili berbunyi dengan larian tanpa henti. Aku mengira pasti ebek punya angkara tetapi tekaan aku meleset kerana seekor jibam (seperti ikan ketang) berjaya di daratkan. Selepas itu sehingga senja menjelma tiada lagi ragutan ikan melainkan umpan habis digetu anak2 ikan kecil.
2 jenahak dan seekor jibam sahaja

Apabila hari malam menjelma, kami menukar kepada penggunaan umpan ikan tamban hidup kerana penggunaan umpan udang hidup tidak efisien pada sebelah malam. Taktik menukar umpan memang membuahkan hasil apabila seekor jenahak bersaiz 2 kg lebih berjaya dinaikan. Selepas itu, satu hentakan rod yang agak kasar mengejutkan kami . Walaubagaimanapun, seekor barracuda panjang hampir sedepa berjaya memutuskan tali perambut apabila terbelit pada tiang kelong.

dah gaya otai laut dalam

Selepas malam tu tiada lagi ragutan sang ikan. Aku yang keletihan mengambil keputusan untuk tidur awal kerana target aku pada awal pagi esok pula. Seawal pagi aku memasang umpan tamban hidup dan udang hidup.Seekor lagi jenahak berjaya dinaikan. tak lama kemudian satu lagi hentakan rod panjang aku mengejutkan kami semua. Aku membiarkan sahaja group ini melayan tetapi sayang, layanan yang lembut membuatkan ikan tersebut melarikan diri ke arah karang lalu memutuskan perambut. Aku mengagak seekor jenahak bersaiz 2 kg ke atas berdasarkan hentakan rod dan tarikan ikan tersebut.

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Yusri kerana sudi menggunakan khidmat aku. Bagi sesiapa yang memerlukan guide  memancing di atas kelong boleh lah menghubungi aku di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Komen