Selasa, 6 Januari 2015

TRIP LAYAN APOLO DI KELONG MAMOD

kelong tengah mamod kuala lukuit
Trip ni trip yang pendek saja. Aku bawa En Radhi dan family. Kami sampai awal pagi dan terus pasang set joran. Oleh kerana ini trip layan anak2 en Radhi, kami lebih kepada layan apolo saja. Tambahan pula ada pemancing junior yang baru belajar lontar joran. Seronoknya layan junior2 ni kerana dia orang memang enjoy memancing walaupun dapat ikan tamban. Tak seperti pemancing tegar yang dah kebal hati nurani dengan anak2 ikan ni. Sambil2 apolo tu, aku sempat la juga labuh umpan dua tiga batang joran. 
Walaupun trip ni memancing suka2 layan anak en Radhi , tapi kalau dah rezeki tu rezeki juga. Tanpa diduga salah satu joran aku strike seekor pari tanduk tah pari kelawar dalam lingkungan 4 kg. Kadang2 rezeki memancing ni tak terduga juga oleh akal fikiran.
Kalau ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat saya sebagai guide memancing boleh hubungi. berminat pakej guide : 01120704297  sabri
pari yang Radhi tarik tapi aku plak yang syok bergambar

Tiada ulasan:

Catat Komen