Selasa, 6 Januari 2015

JENGKA MARI LAGI DI KELONG MAMUD

kelong mamud tengah
Trip ni trip pembukaan awal 2015. Walaupun trip ni dah dirancang lama ,tetapi sesungguhnya manusia hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Pada asal perancangan, seramai 20 orang akan tapaw kelong Mamud, tetapi bencana banjir yang melanda pantai timur menyebabkan beberapa pemancing yang terpaksa bertugas demi nusa dan bangsa tidak dapat hadir bersama.Apa2 pun tahniah kerana mereka berjuang untuk negara manakala baki seramai 12 orang meneruskan perjuangan menewaskan penghuni dalam laut biru teluk kuala lukut, negeri 9.
Seramai 12 pemancing yang tiba awal dan bermalam di atas kelong walaupun ada bayaran tambahan. jadi trip ni agak lain dari trip lain hanya 2 hari 1 malam. bagi trip jengka ni, trip agak lama iaitu 2 hari 2 malam. 
Trip yang diketuai oleh En firdaus puratanya teruna muda dan agak aktif dari segi fizikal dan mental. Tak banyak yang aku dapat coretkan kerana hanya 2 orang dsahaja aku tahu nama iaitu firdaus dan pesot sahaja. Terasa terlalu singkat aku nak mengenali orang muda jengka ni. 
Habis latar belakang pemancing, kita beralih pula kepada aktiviti memancing di kelong. Sebenarnya aku tak sediakan umpan langsung dalam trip ni. kerana aku jangkakan tamban yang bersepah seprti biasa namun tekaan aku meleset sama sekali. Memang ada tamban tetapi agak jarang-jarang dan kadang kal;a joran tergantung sahaja tanpa umpan. 
Pada malam pertama, aku dapat tangguk cumit yang agak besar yang aku potong menjadi 10 bahagian. Salah satu potong cumit tu aku lontar jauh kerah hujung jeti shell. Lontaran tak lama kemudian dapat satu henjutan yang agak lembut tetapi semasa menyentak aku dapat rasakan tarikan tyang agajk kasar. Naiklah juga seekor jenahak bersaiz 2 kg lebih. potongan sotong yang lain juga turut mendaratkan lagi seekor jenahak berskala hampir sekilo.
untuk pakej kali ini, aku pertama kali masukan pakej koyan tetapi sayang tak ada orang yang nak jaga. Pada waktu air pasang tengah malam, salah satu koyan dapat hentakan yang kasar tetapi sayang kerana mata kail lurus apabila spring yang menggantung koyan tertanggal kerana hentakan siakap.  
Akttiviti diteruskan pada waktu pagi, seperti biasa semasa arus bergerak lemah pada waktu pagi talang aktif meragut umpan tamban yang dihulurkan. Naiklah juga beberapa ekor talang bersaiz hampir 1 kg seekor. Semasa arus hampir puncak, umpan tamban yang dihulur untuk menjerat talang telah disambar seekor jenahak tepi karang. Seekor jenahak berskala 1 kg lebih dapat di naikan. 
Pada malam ke 2, aku cuba target gubal tetapi nampaknya tak ada rezeki gubal untuk group ni. Hanya anak serkut dan seekor semilang yang menjadi bahan hiburan kaki pancing. Aktiviti diteruskan sehingga pagi tetapi tiada lagi sambaran kasar yang berjaya dinaikan melainkan umpan bersilih ganti dicuri anak2 talang rempit. 
Pada gang jengka, aku mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah budi bicara, terkurang beras yang dibawa, terkurang gula yang dibawa, aku pohoon maaf.
pada sesiapa yang berminat nak menggunakan aku sebagai guide memancing boleh menghubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri






nak masak apa ni yang sodap

ko tepi la sikit.. aku plak

yang besar aku punya.. pigidaahhh

dua2 ni aku punya.. perasan

lebih hensem ikan dari tuan

maaf bang.. baju mana?

pemancing paling hensem dan cool

lebih senjata dari hasil
lesen aku punya
jejaka perasan hensem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan