Selasa, 9 Oktober 2012

DI SAMBUT ANGIN BARAT LAUT..

ini bukan ombak rindu tapi ombak ganas
pakej ni Pozi yang terima dan aku yang kena guide. Satu group pemuda cina dari kuala Lumpur. Apa yang tak bestnya ialah hari dia orang kelong air dah hampir mati dan kecil. Aku sampai awal ke kelong berbanding group pakej. Bukan apa, aku naik dulu nak buat persediaan dan nak cari umpan ikan hidup. Oleh kerana air tak berapa cantik maka tak ada umpan anak ikan melainkan anak seliding sahaja. Petang tu 3 orang antara group naik dulu manakala yang selebihnya akan naik pada waktu malam.
 Oleh kerana garoup ni datang tak sekali, maka yang sampai awal kena tunggu yang lain juga. Malah ada kalangan mereka ni tak pernah turun ke laut pun. Lebih kurang jam pukul 8.30 malam angin barat laut mula bertiup sepoi-sepoi bertambah menjadi angin gila-gila. Oleh kerana air cetek, tiupan angin barat laut menghasilkan alun ombak yang agak tinggi. Aku yang duduk atas kelong berharap hujan akan turun supaya angin dan ombak cepat berhenti tetapi harapan aku tak tertunai langsung. Angin terus menganas sehingga kami tak boleh memancing langsung.
Berbalik kepada baki group pakej aku yang belum naik kelong terpaksa menunggu di jeti sahaja.Hampir pukul 12 malam, kesabaran menunggu pun berubah menjadi angin. Walaupun sudah diberitahu bahawa keadaan laut yang berbahaya namun mereka berkeras hendak pergi juga kerana mereka tidak tahu bahawa ombak di jeti tak sama dengan ombak di laut.
Nak buat macam mana, jawa atau botman dengan berat hati mencuba hendak meredah laut dalam keadaan bergelora. Namun, apabila sampai di muka muara sahaja, baki group ni terus menjerit patah balik. Haa.. inilah akibatnya kalau kita tak mahu mendengar kata2 orang yang mahir situasi tertentu. Oleh kerana ketakutan, 3 orang dalam group terus balik manakala baki 3 orang lagi tunggu hingga pagi. apabila dah pagi, barulah mereka dapat naik kelong. sesampai di kelong, iar keruh dan tiada ikan lain yang sudi menjamah umpan melainakan ikan ceconteng sahaja yang menyibuk mengganggu umpan. Apabila tengahari, group ni minta nak pulang. 
Inilah group pakej yang paling hampa kau bawa. Pertama kerana air laut yang tak cantik. kedua, mereka ni disambut angin barat laut yang ganas dan yang ketiga tiada hasil tangkapan langsung melainkan seekor ikan baji. Kehampaan ini aku mohon maaf kerana kita sebagai manusia sesungguhnya tak akan dapat melawan atau menolak kuasa alam, kuasa Allah yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Komen