Khamis, 28 Februari 2013

PERMULAAN YANG BAGUS DI KELONG POZI

fajar pagi di kelong Pozi
Selepas gang KWSP anglers pulang, aku membawa satu group lagi pemancing dari Melaka. Mereka terdiri dari 5 orang pemancing sahaja. Oleh kerana pakej ni tak dapat pow kelong, maka ramai juga pemancing yang masuk. Aku minta gang pakej duduk bahagian depan kelong. 
Pada hari tu, air dah menyorong ke arah mati. Air pun bergerak agak perlahan. Sesampai di atas kelong, aku meminta pemancing menggunakan umpan udang hidup yang di potong. Semasa air bergerak pasang, seekor ebek telah di daratkan dibahagian tengah kelong menghadap muara. Tidak lama kemudian seekor lagi ebek pula berjaya didaratakan di bahagian tengah menghala arah jeti Shell. Tidak lama kemudian, seorang pemancing dari kumpulan lain yang berumpankan udang kopek berjaya menaikan seekor bawal pinang yang sudah lama menghilang diri. Naik geram juga aku tengok bawal pinang tu walaupun saiz biasa sahaja. Aku mengharapkan ada ragutan lagi dari bawal pinang yang biasa masuk berkumpulan di kelong. Dalam duduk menunggu tu, salah satu joran Rizal, kawan kau berdesing kena henjut dengan ikan. Oleh kerana Rizal jauh dari jorannya, maka aku yang pergi sentak tetapi sayang kerana tidak hook. Umpan udang masih ada pada joran tetapi telah ada kesan gigitan. Memang kasar ikan yang henjut tu dan aku mengagakkan seekor gerung yang menghenjut joran Rizal berdasarkan larian yang laju. Pada petang tu memang dah bagus sebagai penanda yang baik. Rupanya panas sehingga petang sahaja kerana pada malam tu tiada henjutan langsung walaupun pelbagai umpan dan cara digunakan. 
ebek yang pertama
Pada pagi esoknya, joran Ika telah dihenjut kasar dan berlakulah pergelutan yang sengit. Tak sampai seminit, seekor penyu telah menampakkan diri membuatkan kami semua ketawa. Dalam gelak ketawa kerana strike seekor penyu, salah satu lagi joran Ika telah dihenjut kasar lagi. Kali ini juga seekor penyu telah menampakkan diri membuatkan gelak ketawa kami bertambah riuh. Ika secara rasminya telah dinobatkan oleh rakan-rakannya sebagai juara penyu.
Hanya intro dipermulaan sahaja yang bagus tetapi pengakhiran yang agak hambar telah mengecewakan aku. Aku mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Ika dan rakan2 yang sudi mengambil aku sebegai guide memancing di Kelong Pozi. Jika ada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat pakej memancing di kelong Pozi bolehlah menghubungi aku di talian 0126804742 - sabri

ebek yang kedua

bawal pinang atau bawal emas

ketuka semasa air bergerak pasang

strike di permulaan sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan