Rabu, 24 Oktober 2012

TOKE KELONG DI ATAS KELONG

13 oktober 2012 -Bunyinya macam lawak sikit apabila toke kelong sebelah kelong acheh johor datang mancing di kelong Pozi. Dia yang datang bersama kawan2 dan pekerja saja2 nak duduk lepak di atas kelong. Bukan seperti kebanyakan orang lain datang ke kelong hendak memancing. Group yang seramai sepuluh orang ini sekadar datang nak lepak sambil bual2 sahaja. Umpan udang hidup yang aku sediakan sebanyak 200 ekor tak luak pun. Macamana nak luak, dia orang datang  bawa satu joran sahaja seorang. Lepas tu bukan mancing sangat kecuali duduk2 sambil bual2. Hanya pada waktu malam, semasa air mula pasang barulah ada seorang dua yang memasang umpan. Aku yang tengok situasi begini tentulah tak merasa gembira. Macamana nak dapat ikan kalau tak memancing. Mau tak mau, aku sendiri yang melabuhkan umpan tetapi asyik habis dikerjakan anak2 ikan kecil. Aku bertukar kepada umpan anak ikan pula tetapi hanya anak2 ikan alu2 yang membedal. Bayangkanlah, 4 perambut aku putus dikerjakan ikan alu2. Manakala salah seorang kawan kau yang turut joint dalam trip ni putus perambut sebanyak 7 kali dikerjakan ikan alu2. 11 perambut putus dikerjakan ikan alu2 bukan sesuatu yang menarik untuk dikenang. Memang sah waktu sekarang ni musim anak ikan alu2. Agak2nya tentu beratus ekor lagi yang berlegar2 sekeliling kelong memburu anak ikan tamban. Sampai ke akhir trip hanya seekor tetuka, seekor anak kerapu, seekor daun baru dan seekor baji yang berjaya dipancing. Banyak masa aku hanya duduk bersembang2 dengan group ni.

kalau air surut, tangga jadi tinggi

baby kerapu, goreng pun sedap

daun baru, ketuka, semilang dan kerapu sahajaaaa...

tolooonnnggg... camna nak tangkal mata pancing ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan