Ahad, 18 Mac 2012

PAKEJ HJ SUHAIMI DAN KELUARGA

pada 10 dan 11 mac 2012, aku mebawa pakej Hj Suhaimi bersama keluarga dan pekerjanya dari Shah Alam. Orangnya agak berada tetapi ramah serta sentiasa cool semasa memancing. Aku rasa sangat teruja membawa pakej ini kerana semuanya ramah serta memberi kerjasama serta bersemangat semasa memancing. Selain itu, group ini tidak banyak songel serta tidak banyak merungut walaupun umpan tidak diragut oleh ikan. Terima kasih kepada semua. tetapi sayang, tiada foto Hj Suhaimi dalam blog ini kecuali foto anak dan pekerjanya sahaja.
si kecil ini mungkin masih belum memahami apa itu hobi memancing tetapi keriangan yang terserlah semasa bergambar dengan ikan menunjukan bahawa hobi memancing tetap memberi kepuasan kepada setiap orang. Apatah lagi jika dapat menaikan ikan daun baru yang besar atau ebek yang menjadi idaman setiap pemancing.
Untuk trip pakej Hj Suhaimi, nasib aku agak malang kerana pada hari tersebut ramai pemancing berada atas kelong iaitu lebih kurang 40 orang pemancing yang membawa joran yang banyak pulak. Cuba tengok dalam foto tu, berbaris joran yang tersidai di pagar kelong menunjukan betapa ramai pemancing. Itu belum sebelah depan, penuh sesak dengan joran. nasib baik arus di kelong Pozi tidak laju seperti kebanyakan kelong lain.
Memancing dikelong mungkin sesuatu yang agak sukar mendapatkan ikan dalam jumlah yang besar dan banyak. Walaubagaimanapun, jika dah rezeki, ikan masuk kelong adalah tidak mustahil kita akan mendapat hasil yang baik malah lebih baik berbanding memancing atas bot. Yang penting, kita perlu enjoy semasa dapat ikan atau pun semasa jadi bangau sahaja.
Pemancing-pemancing baru yang sudah berjaya menaikan ikan susu dan daun baru. Walaupun masih baru tetapi semangat yang ditunjukan oleh pemancing2 ini tidak boleh dipandang ringan kerana bukan senang hendak menaikan ikan susu yang terkenal dengan tarikan dan lompatannya. pemancing2 baru ini sudah boleh tersenyum lebar dan mungkin hobi memancing akan menjadi pilihan mereka.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan