Isnin, 16 Mac 2015

MEMBANGAU PADA TAHUN KAMBING DI KELONG POZI

kelong pozi kuala lukut
Pada tahun baru cina 2015, kawan sejurulatih pudat Ko Selangor iaitu Sabry wireman dan adik serta rakannya ajak aku naik kelong Pozi. Arus waktu tu memang besar dan memang cantik. Macam biasa, kalau hari cuti umum memang ramai pemancing atas kelong. Apabila dah ramai maka ramai jugalah ragam manusia. Ada yang datang nak mancing dan ada yang datang kelong sekadar nak merehatkan minda. Dakam ramai2 tu ada juga yang pasang radio. Keadaan ni menjadikan suasana atas kelong agak hingar bingar dibandingkan dengan tempat memancing yang sepatutnya senyap.
Memang arus dah cantik tapi kami berempat membangau sahaja. Untuk menghilangkan bosan, kami layan saja la ikan serkut @ sarjan. Untuk bagi buah tanga kepada kawan, aku bawa tangguk dan tunggu di tangga. Akhirnya seekor tamuk malang  sebesar betis aku berjaya ditangguk.
Aku yang sambung satu hari juga membangau sehinggalah ramai pemancing balik. Semasa duk mengemas barang nak balik, sambil2 tu aku hulur juga umpan udang hidup. Tak sampai sejam 3 kali strike ebek dan Gt.
Rumusan aku, kalau nak mancing di kelong Pozi biar suasana senyap kerana air di kelong Pozi agak cetek dan ikan makan hampir dengan kelong.Kalau nak dengar radio atau nak main guitar tu, elok layan kat rumah sajalah.berminat pakej guide : 01120704297  sabri


sabry wireman, adiknya dan rakanya

tamok tangguk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan