Khamis, 20 September 2012

OTAI-OTAI KL DI ATAS KELONG

kelong pozi lukut negeri 9
Selepas cerita aku guide gang majalah keluar dalam majalah, aku dapat satu pakej iaitu gang-gang otai dari Kuala Lumpur. Kebanyakan mereka berumur 30 an hingga 40 an. Walaupun begitu, gang2 otai ni masih berjiwa muda remaja dan sentiasa happy dan bergurau senda semasa memancing.

Selepas memberi sedikit taklimat, kami pun bergegas naik kelong. Pada trip ini aku membawa seorang pembantu. Kami sampai hampir tengahari semasa air sedang surut hampir habis. Memandangkan air dah hampir pasang, aku meminta semua pemancing menggunakan mata kail yang kecil berumpan udang segar potong. Bukan apa pun, sebagai satu 'warming up' sebelum memburu sepisis yang lebih besar. Harapan aku agar mereka dapat menaikan beberapa ekor ikan kapas atau daun baru tetapi harapan aku meleset sama sekali. Hanya ikan ceconteng dan anak bebolos sahaja yang dapat dipancing.
semasa air sedang bergerak pasang, aku meminta gang2 otai menukar perambut dan mata kail yang lebih besar. Manakala aku pula terus mengapolo tamban dan selar. Tetapi malang sekali, pada petang itu selar dan tamban pula hanya ada beberapa ekor sahaja. Susah betul hati aku kerana jika tiada umpan ikan hidup, pasti umpan udang hidup tidak mencukupi. sedang aku asyik layan apolo, tetiba salah seorang pemancing menaikan seeokor ebek yang tak sampai sekilo. tetapi naiknya seeokr ebek telah memberi semangat kepada pemancing lain untuk menukar umpan masing2.
Tetiba, salah satu joran telah dihenjut kasar sehingga hampir terjatuh tetapi tidak hook mungkin ikan itu belum sempat menelan umpan. Aku anggarkan itu ikan ebek. Tidak lama kemudian, salah satu jorang yang melabuhkan umpan berhampiran tukun baru di tarik kasar. maka berlakulah satu episod tarik menarik dan pam mengepam sehingga kempis lubang hidung. melihat gaya ikan tu menarik sehingga joran melentur seperti huruf U, aku mengangarkan memang kasar ikan tersebut. Selepas hampir 9 minit dan 3 orang bergilir mengepam joran namun ikan tersebut masih belum mahu mengalah malah makin jauh menarik tali keluar. Akhirnya ikan tersebut menemui highway yang luas ke arah laut luas, apa lagi ikan tersebut terus menghenjut tali hingga habis. kejadian tersebut memang menjadi kenangan tetapi bukan sesuatu kenangan indah.
selepas rabut tarikan tersebut, aku mendapat seekor sotong kurita yang terkena mata pancing kail. Aku simpan kurita untuk digunakan pada waktu malam. Lebih kurang jam 8 malam, semasa air telah pasang penuh, aku memotong 3 bahagian kurita tersebut lalu di cangkuk pada  mata kail. Nasib aku baik apabila salah satu umpan mengena lalu seekor jenahak remaja bersaiz 1.5 kg berjaya dinaaikan.
Selepas itu salah seorang berjaya menaikan seekor ebek rempit, tiada ragutan kasar langsung selain beberapa ekor anak ikan kecil. Manakala umpan udang hidup telah hampir habis di belasah gang2 otai. Aku yang keletihan mengambil sedikit kesempatan tidur.
Keesokan pagi air pasang penuh besar iaitu 3.3. meter. Aku terus apolo tamban dan berjaya menaikan beberapa ekor tamban sekolah yang comel. Dengan umpan tamban tersebut gang otai berjaya menaikan seekor alu2 yang masih sekolah. Selepas itu tiada ragutan lagi. Air memang dah cantik kenapa tiada jenahak? Mungkin jumlah alu2 yang banyak berkeliaran sekitar kelong telah menakutkan tetanda dan jenahak junior yang merupakan diet utama alu2 di kelong Pozi.
Sebelum pulang, gang2 otai makan nasi berlaukan ikan yang dipancing. Semasa masing2 sibuk mengemaskan barang, gang2 otai berjaya menaikan seekor daun baru bersaiz pinggan dan seekor alu2 sekolah. 
Aku mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada gang2 otai KL jika ada kekurangan semasa aku mengendalikan pakej mereka. Jika ada sesiapa ingin menggunakan khidmat aku dalam pakej memancing di kelong bolehlah menghubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan