Rabu, 9 Oktober 2013

PAKEJ PERTAMA KE KELONG MAMUD

senangin kelong mamud
Dah lama aku tak menulis dalam cerita pakej ni, bukan kerana tak ada cerita tetapi tak dapat nak bawa bawa pakej kerana Kelong Pozi asyik penuh sahaja. Memandang kelong Pozi asyik penuh maka aku terpaksalah membuka pakej ke Kelong mamud pula. 
Ini gang pertama aku bawa pakej ke kelong Mamud. Nak jadi cerita pakej yang aku bawa ni memang orang baru yang tak pernah pegang joran pun ada. Walaupun dia orang ni masih baru tetapi luck mereka datang pada musim senangin, talang dan parang masuk kelong. 
Seramai 5 orang india dan punjabi yang terdiri dari pelajar dan pensyarah kolej di Nilai telah mengikut pakej aku ke Kelong Mamud. Memandangkan sewaktu dia orang ni nak masuk kelong kebetulan air mati dan tak ada arus. Aku bukan tak nak bawa masuk kelong Pozi tetapi kalau air mati dan tiada arus memamng susah nak dapatkan umpan tamban hidup. Kalau di Kelong mamud tu masih la ada peluang nak layan apolo kalau tak ada ikan yang kasar2. 
bila malam layan daun baru pula
Aku sediakan 150 ekor udang tetapi tak sampai separuh yang digunakan memandangkan dia orang ni lebih berminat melayan apolo tamban dan selar. Orang baru katakan tentu rasa seronok dan pelik jika memancing menggunakan apolo. Mau tak seronok kalau asyik campak mata apolo terus sahaja dapat ikan. 
Walaupun dia orang seronok melayan apolo tetapi aku tetap pasang 4 batang joran panjang berumpankan tamban dan targetnya tentulah senangin kerana waktu ni memang musin senangin. Nak jadi cerita, awal petang tu juga seekor senangin bersaiz hampir 2 kg menghentak joran panjang aku. Apa lagi, aku hook up joran lalu terus bagi dia orang layan. Wasalaupun masih baru tetapi nampaknya dia orang ni agak cool juga melayan senangin sehinggalah ikan tu di daratkan. 
Selain senangin, aku perhatikan juga ada talang yang sentiasa mengambur menyambar anak2 tamban dipermukaan air. Memandangkan talang yang mengambur tak besar, maka aku tukar perambut dan mata kail yang lebih kecil. Naiklah juga beberapa ekor talang dalam saiz setengah kg sehingga ke 1 kg.
Waktu malam aku minta dia orang guna umpan udang hidup yang di potong tetapi ikan tak galak pula mencuit umpan. Hanya 2 ekor daun baru saiz 2 taapak tangan sahaja sudi menjamah umpan udang hidup potong.
tak la besar talang tu tapi layan saja
Senangin yang dapat tu aku suruh Mamud masak kari sahaja. Sebelum pulang masing2 makan tengahari berlauk kari senangin yang dipancing. Aku harap dioa orang happy dengan layanan dalam pakej aku. Kalau ada kekurangan tu aku mohon maaf banyak2. Kalau nak komen pun aku boleh terima. 
Bagi sesiapa yang berminat nak ikut pakej memancing aku samada ke kelong Pozi atau Kelong Mamud bolehlah menghubungi aku di talian 012 6804742 - sabri




anak baracuda sesat kena apolo.. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan