Ahad, 15 April 2012

BERSAMA GROUP FAUZI DARI SHAH ALAM

10 April aku bawa group Fauzi dari Shah Alam. Fauzi dan 5 orang pengikutnya agak lewat naik kelong kira2 pukul 5 petang baru sampai. Tapi sebelum tu, aku dah masuk kelong pada 9 april iaitu hari jumaat awal sehari sebelum pakej Fauzi masuk. Saja aku masuk awal kerana nak memancing lagipun air cantik. Aku sebenarnya dah menaikan 3 ekor jenahak, seekor ebek dan seeokr susu.
jenahak yang paling besar jadi lauk makan malam di kelong
Semasa groupmFauzi masuk kelong, air dah pasang banyak dan besar. Aku terus menyuruh fauzi dan groupnya menyiapkan joran masing2 kerana waktu ikan ebek dan susu membalun umpan sudah hampir. Manakala perambut untuk memancing ebek dan susu telah aku siapkan. Aku menyuruh Fauzi dan groupnya memasang umpan udang hidup yang dipotong dan dikopek kerana pengalaman yang lepas, ebek lebih cepat dan paling suka membalun umpan udang hidup yang dipotong dan dikopek. Tapi masalahnya pula, terdapat anak2 ikan banyak dan menghabiskan umpan sahaja. Berpuluh ekor udang habis tetapi tiada sentapan ikan. Walaubagaimanapun, aku tetap mengingatkan mereka agar berwaspada kerana waktu ikan sudah hampir. Aku juga mengingatkan supaya meletakkan jiran agar ke bawah sedikit supaya tidak jatuh ke dalam laut jika ditarik ikan.
juara yang menaikan ebek tetapi sayang rabut satu ebek
Dalam masa aku mengingatkan mereka supaya menjaga rod masing2, tetiba sahaja sahaja aku terdengar sreeeettttt... dan blooommm... Rupa2nya rod Fauzi dah jatuh ke dalam laut ditarik ikan. Mungkin rod dan mesinnya kecil serta ringan membolehkan ikan begitu senang sahaja menarik rodnya ke dalam laut. Yang seronoknya, selepas rod Fauzi jatuh ke dalam laut, ikan yang ada di mata kailnya melompat tinggi melepaskan diri. Ikan susu yang telah menjatuhkan rod beliau. Nasib baik rodnya yang jatuh lalu tersangkut di mata kail aku, selamatlah rodnya dari menjadi tukun kelong Pozi.
hanya seekor tetanda kecil membaham umpan sotong segar
Selepas cerita rod Fauzi jatuh ke dalam laut, pemancing yang lain terus berwaspada dengan rod masing2. Selepas kejadian tu, salah satu rod kawan Fauzi mengena ebek tetapi telah rabut. Tak Lama kemudian, rod yang sama telah mengena lagi dan seekor ebek bersaiz hampir sekilo berjaya dinaikan.  Selepas itu sehingga hari gelap tiada ragutan ikan langsung melainkan umpan habis dikerjakan anak2 ikan kecil. Oleh kerana tiada ragutan lagi dan hari dah malam, aku mengajak Fauzi dan kawan2 makan malam berlaukan jenahak 3 rasa yang aku pancing semalam sebelum tu.
ikan baji yang dipancing di tepi kelong
Selepas makan, aku menyuruh Fauzi dan kawan2nya menggunakan umpan sotong cumit segar yang aku beli di pasar Tanjung Sepat. Sotong tu masih bercahaya dan masih segar, merupakan umpan terbaik memberu jenahak. Tetapi malangnya, hanya seekor tetanda sahaja yang sudi membaham umpan cumit. Manakala rod yang lain senyap dan sunyi sahaja. Tetiba sahaja semasa surut hampir habis, arus berubah surut dengan laju. Aku yang juga hampir putus asa mencuba sekali lagi menggunakan umpan kepala cumit yang agak besar. Kali ini aku mensasarkan lubuk lama yang jarang menjadi. Tak sampai 5 minit, tetiba sahaja rod 17 kaki aku melengkung lalu terangkat. Aku pun terus sahaja menyentak, tetapi rod aku tak boleh ditegakan malah benang aku terus keluar tanpa henti. Aku terus mengunci ketat kerana ikan tu mengarah ke arah karang sedangkan pada masa tu air surut. Apa yang aku sangka terus terjadi di mana benang aku terus putus apabila ikan melarikan diri di belakang beting yang berkarang. Nak buat macam mana, hanya rezeki tarik sahaja.
mata senang lelap terutama semasa angin bertiup sepoi2
Selepas rabut tarikan ganas, tiada ragutan lagi sehinggalah ke pagi walaupun pelbagai teknik yang digunakan. Oleh kerana boring tiada ragutan, Fauzi dan kawan2nya beralih kepada memancing todak sahaja untuk menghilangkan keboringan. Maka berlambaklah todak yang dinaikan berumpankan anak ikan seliding. Walau bagaimanapun, pada pagi tu, aku mendapat jawapannya kenapa tiada ragutan pada malam tu sedangkan umpan terbaik yang digunakan. Semasa aku melihat ke dalam air di bawah kelong, terdapat lima ekor ikan alu2 bersaiz 3 kilo ke atas bersahaja duk lepak bawah tangga kelong. Yang aku nampak dah 5 ekor dan terdapat banyak lagi di bawah kelong. Kebiasaannya jika terdapat banyak ikan alu2, ikan lain tak berani menghampiri kelong kerana takut dibaham. Apatah lagi tetanda dan jenahak yang merupakan diet utama alu2 di kelong Pozi.
hanya ini sahaja hasil  group Fauzi
Walaubagaimanapun, aku mengucapkan tahniah kepada group Fauzi kerana bersemangat memancing walaupun kurang menjadi. Aku mohon maaf kiranya terdapat kekurangan atau cacat cela dalam pakej aku ni.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan