Isnin, 18 Februari 2013

GANG PERODUA KEMBALI LAGI KE KELONG POZI

kelong Pozi
pakej ini Pozi yang beri pada aku. Sebelum ini gang Perodua sudah mengikut trip pakej aku. Tapi dalam trip pertama, mereka datang semasa air yang kurang cantik. Kali ini mereka memilih hari dan tarikh yang paling baik iaitu Hari Tahun Baru Cina 2013. Seramai 14 pemancing mengikut trip ini. Aku yang sedang cuti telah masuk ke kelong lebih awal sehari kerana hendak membuat persiapan awal. Selain itu, aku juga hendak menyediakan joran dan umpan ikan hidup. Aku turut dibantu oleh en Rizal. 3 Buah kolam disedikan untuk mengisi umpan udang hidup dan ikan hidup.
Pada malam sebelum Gang Perodua tiba, aku terlebih dahulu memancing. Pada malam tu, aku berjaya menaikan seekor daun baru yang agak besar dan seekor ketuka. Ada sekali joran panjang aku di ragut kasar tetapi sayang rabut kerana perambut 60 lb aku putus kerana ikan yang aku syaki jenahak menarik masuk dalam karang.
Pada waktu malam semasa Gang perodua masuk, aku dan rizal juga menangguk sotong cumit yang banyak timbul bawah lampu. Memang banyak sotong cumit pada malam tersebut. Walaupun pemancing telah menggunakan umpan yang terbaik tetapi tiada ragutan yang kasar melainkan hanya beberapa ekor tetanda. Dalam keresahan dan kerunsingan aku, salah satu joran aku disentap kasar. Akhirnya seekor jenahak bersaiz hampir 2 Kg berjaya dinaikan. Terasa sedikit kelegaan dalam hati aku. Keesokannya, ikan-ikan yang dipancing dihantar ke kedai Pozi untuk dikarikan. Pada waktu tengahari tu, kami semua makan lauk ikan yang dipancing. Memang best sehingga licin kari ikan. 
Aku ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam pakej. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Gang Pemancing Perodua yang sudi menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing. Jika ada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat dan pakej aku di Kelong Pozi bolehlah menghubungi aku di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

aku punya

bukan la.. aku yang punya

semuanya dikarikan.. 

hehe.. ini aku yang punya

sebelum dikarikan..

rizal bersama daun baru besar

kalau ini aku yang punya..

kalau yang kecil boleh dibesarkan

kapas...


siakap pun ada

sabar... sabar... sabar...

mana aku punya..

3 kolam umpan hidup...

teknik gantung semasa air mula pasang..

aku punya ?????

apolo liller.. saiz 5

time yang paling best..

hasil selepas gang pakej dah balik.. rezeki aku

Tiada ulasan:

Catat Komen