Khamis, 21 Februari 2013

JANGAN HARAPKAN UMPAN YANG BAIK SAJA..

kelong pozi
15 Feb 2013 aku bawa satu gang pemancing yang senang aku cakap gang KWSP sebab ramai antara mereka bekerja di sana. Sebelum naik kelong aku datang dari Pekan Banting kerana ada urusan. Dari Banting ke Lukut, aku melalui pekan Tanjung Sepat. Aku singgah di pasar Tanjung Sepat. Nasib aku agak baik kerana semasa aku ke pasar, sebuah bot nelayan baru pulang dari laut. Aku membeli semua sotong cumit yang masih segar dan belum kena ais.
Pada awal petang aku minta pemancing menggunakan umpan udang yang disediakan. Target aku seperti biasa iaitu ebek dan daun baru. Tapi malang sungguh, walaupun pelbagai teknik dan cara tapi tiada ragutan yang kasar langsung membuatkan hati aku agak resah. Oleh kerana tiada ragutan yang menarik berumpankan udang hidup, aku meminta pemancing menggunakan umpan sotong cumit yang aku beli tengahari tadi. Memang pemancing mendapat ikan tetapi yang naik hanya anak2 ikan tetanda sahaja. Aku mengharapkan ragutan dari sang Jenahak kerana umpan cumit segar memang umpan jenahak di kelong Pozi. Selain itu aku juga menggunakan beberapa ekor cumit hidup yang ditangguk tetapi tetap tiada hasil. Hanya ada sekali sentapan yang agak kasar dan aku ingatkan jenahak tetapi rupanya seekor anak pari sahaja. Yang jelas ialah air dan arus laut memang sejuk ditambah dengan angin darat yang sejuk. 
Apa yang nak aku katakan bahawa umpan yang terbaik belum menentu kejayaan memancing melainkan ada faktor lain seperti arus, cuaca, dan juga nasib. Aku mohon maaf kepada gang KWSP kerana tidak berupaya memberi kepuasan memancing. Jika ada sesipa yang berminat menggunakan aku sebagai guide memancing terutama di kelong Pozi bolehlah menghubungi aku di talian.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri
apolo jangan tak apolo..

layan tenet la kalau ikan tak nak makan

layan perasaan lagi best..

aku nak layan selar..

dah baik tetapi anak2 saja

pemancing hensem..

hensem dan bergaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan