Isnin, 12 Oktober 2015

PEMBURU JENAHAK DARI KLANG DI KELONG POZI KUALA LUKUT

kelong pozi
Abang Hanapi sebenarnya dari Klang bersama Ali dan Hafiz bukan pemancing biasa tapi otai laut Klang. Dia orang ni saja jer naik kelong nak cuba try test tempat orang. Hanapi dan gang lewat sampai. Petang tu aku layan dulu la. Oleh kerana arus belum cukup besar, arus perlahan sahaja. 
oleh kerana arus perlahan, aku hadapi masalah nak mencari tamban hidup. memang ada tamban tapi saiz sangat comel dan tak pandai sambar mata apolo lagi. jadi aku terpaksa guna teknik sembat dan dapat la berapa tamban comel. 
Selain Hanapi dan gang, sorang lagi iaitu Yaakob dari rembau turut join dalam pakej aku ni. Petang tu aku dan Yaakob dah naikan seekor ebek. Oleh klerana tiada umpan tamban, aku dan abang Yaakob layan umpan udang potong saja la. Dapat la bebnerapa ekor ikan kapas dengan menggunakan teknik mata kail kocik bonar.
Awal pagi esoknya, aklu sembat lagi beberapa ekor tamban comel. Tamban yang aku cakuk pada mata kail joran asli dan Abang Yaakob tak lama terus disambar jenahak tapi sayang hanya sekor sahaja yang hook up dan sekor lagi rabut. 
tengahari tu, tanpa disangka, koyan aku bergegar dihentak baracuda besar tetapi sayang , sekali lagi rabut apabila si ikan yang tak mahu menmgalah berjaya meluruskan mata kail. Memang tak rezeki tu nak buat camna??? 
pada hanapi dan gang aku mohon maaf kerana terkurang layan. Sesiapa yang berminat nak ikuit pakej aku memancing di Kelong Pozi atau Kelong Mamud boleh call.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

lauk jer la
jenahak dara comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan