Khamis, 4 Disember 2014

UMPAN PUMPUN TERBAIK DI KELONG NAZERI BAGAN LALANG

Sebenarnya aku memang tak ada plan langsung ke kelong Nazri memandangkan aku baru sehari balik dari kelong Mamud. Tetiba sahaja dapat panggilan dari kawan mengajak memancing di kelong dan segala bayaran memancing dia yang setelkan. Puas juga la memujuk isteri dan akirnya dapat juga lesen keluar lagi. Agak meluicukan tetapi menarik sekali.

Sesampai di kelong purata aku dah kenal dan salah seorang yang aku gelar atuk sememangnya dah Otai di kelong Pozi. Aku pun tak bawa umpan apa selain mengharapkan umpan tamban yang akan di apolo. Kecuali atok yang menggunakan umpan pumpun sepenuhnya. Teknik perambut yang atuk guna sama sahaja dengan pemamcing lain iaitu teknik gantung 2 mata sahaja. Yang agak berlainan ialah atuk menggunakan mata kail kecil gamakatsu bersaiz 8 sahaja. Memang menghairankan tetapi terima sajalah kenyataan bahawa 4 ekor jenahak dara, seekor gerut2 besardan beberapa ekor daun baru besar dapat dinaikan oleh atuk. 

 Yang menghairankan, jenahak sini tak makan tamban sangat tetapi memeng sukA belasah pumpun yang di cakuk seekor pada mata kail. Aku memang angkat tangan pada atuk kerana teknik perambutnya agak pelik tetapi begitulah hakikatnya. Aku pula hanya mampu layan gelama dengan serkut.
Biar gambar di bawah berbicara bagaimana mata kail dan umpan pumpun berjaya menewaskan ikan2 di kelong Nazeri Bagan lalang.




atuk dan jenahak siang


ustaz dan jenahak koyan umpan tamban


daun baru pinggan dan piring serta baby senangin
 jenahak dara dan tadika

separuh hasil

1 ulasan:

  1. Elok rasanya ikan2 yg bersaiz kecil dilepaskan semula utk sustain supply.

    BalasPadam