Pakej
yang aku bawa ni dapat dari seorang kawan yang juga pernah mengikut aku
memancing di kelong. kali ni dia offer aku bawa pemancing muda yang
rata2 orang bandaraya. Mungkin agak kekok juga bagi pemancing yang
pertama kali naik kelong.
Selepas memberi sedikit taklimat,
aktiviti memancig pun bermula. Petang tu, aku minta pemancing cari ikan
lauk dahulu iaitu memancing gerut2 memandangkan air sedang beralih
pasang. Baru 3 ekor gerut2 dinaikan, hujan pun turun dengan lebat
sekali. Maka aktiviti memancing pun tergendala sekejap.
fauzi |
petang tu hanya aktiviti apolo sahaja
yang dibuat memandangkan ikan tak mahu jamah umpan. Ada sekor dua anak2
talang sahaja yang berani mengusik umpan tamban hidup. Aktiviti
membangau ini diteruskan sehingga malam dan awal pagi diselangi dengan
hujan renyai. Hanya ada seekor anak semilang yang berjaya dipancing.
Memang agak mengecewakan tetapi itu memang perkara biasa membangau di
kelong mamud terutama pada waktu ,alam.
Aktiviti memancing diteruskan semula di
kala sang suria menampakan diri selepas bersembunyi semalaman. Pagi tu
agak meriah apabila 3 ekor jenahak dara dan teruna dapat dinaikan
diselangi dengan beberapa ekor talang. Pada jangkaan aku talang yang
akan banyak dinaikan tetapi jangkaan aku meleset.
Walaubagaimanapun, muka2 pemancing muda
kotaraya kelihatan kembali ceria selepas aktiviti membangau dari petang
sehingga ke malam. Apa2 kekurangan semasa aku bawa trip ni, sila ampun
dan maaf kerana itu sahaja yang aku terdaya dan mampu lakukan. Jika ada
sesiapa yang berminat nak menggunakan khidmat aku sebagai guide
memancing di kelong boleh hubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297 sabri
kelong mamud tengah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan