|
kelong mamud tengah |
Iem dan rakan2nya dari kelang memang terbaik kerana mengikut pakej aku pada hari arus menyorong kecik. Hari yang sesuai memancing di kelong Mamud tengah.
Seperti yang dijanjikan, tapi aku plak yang datang lambat. Apabila lambat, apa lagi aku kena angkut barang2 yang banyak tu sorang2 la. Mau juga tergeliat urak belikat ni. Nasib baik sesampai di kelong, kawan Iem sudi membantu mengambil air dan apolo tamban.
Seramai 8 orang termasuk Iem yang datang memancing di kelong mamud. Pada hari tersebut aku sediakan udang sebanyak 150 ekor tapi tak habis pun kerana banyak guna tamban hidup.
Petang hari pertama kami layan gerut2 sahaja memandangkan umpan tamban tak laku langsung petang tu. Bukan sahaja dimana cerita yang sama di bawa sampai ke malam. Malah, pada waktu malam langsung tiada getuan samada ikan besar atau pun kecil. Zaki yang tekun menunggu jorean di bucu kelong dari petang sampai malam nampaknya begitu hampa. Begitu juga pemancing lain.
|
layan ikan lauk dulu |
Ubat yang sebenar jika ikan tidak mahu buka mulut ialah tidur. Awal pagi kami dah bangun, lalu apolo tamban hidup. Apabila sang suria memancarkan cahaya sahaja, joran zaki dibaham seekor jenahak dara. Diikuti juga dengan rakan2 yang lain juga. 4 ekor jenahak tepi jamban dapat dinaikan. Semuanya saiz jenahak dara sahaja. Habis sahaja cerita jenahak disambung pula talang yang mengambur2 tapi sayang banyak juga talang yang rabut menyelamatkan diri disebalik tiang kelong.
Talang nampaknya menyambar umpan sehingga hampir tengahari tetapi sentapan talang makin tak bersungguh dan banyak kes curi umpan.
Akhir sekali aku mohon maaf kepada Iem dan kawan2 jika layanan saya tidak seperti yang diharapkan. Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan khidmat guide di kelong Mamud boleh hubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297 sabri
|
kesabaran Zaki berbayar |
|
talang pun best |
|
jenahak dara kembar |
|
kiri sekali ialah encik Rahim @Iem |
|
ini jenahak aku |
|
bergambar dengan jenahak orang boleh kot? |
|
aku yang bawa korang ke sini jadi jenahak ni aku punya la |
|
lain kali datang lagi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan