Isnin, 18 Ogos 2014

DARI JITRA KE KELONG MAMUD

En Mansor dengan jenahak DARA
Ini merupakan trip aku yang bermula balik selepas cuti panjang akibat kurang sihat. Encik Mansor yang menelefon aku dari Jitra Kedah menyampaikan hasrat nak memancing di atas kelong . Bincang punya bincang aku cadangkan kelong mamud tengah memandangkan tarikh 15 dan 16 ogos 2014 arus bergerak menyorong kecil dan suai kalau nak memburu talang di Kelong Mamud tengah.
Pada hari dijanjikan sampailah en Mansor bersama isteri dan 3 orang anaknya. Pada petang tu kami naik kelong hampir gelap dan aku agak kelam-kabut juga menyediakan perambut dan joran. Oleh kerana tamban hanya dapat diapolo beberapa ekor, aku cadangkan mereka menggunakan umpan udang hidup 250 yang aku sediakan. Untungnya En Mansor kerana kebetulan salah seorang wartawan majalah umpan juga nak naik kelong untuk buat story pasal kelong.
Malam tu kami memang keras sejuk beku kerana tiada seekor ikan yang sudi menjamah umpan udang hidup yang dihulur. Oleh kerana kebosanan sangat aku mencadangkan en Mansor layan apolo ikan bawaal bulan yang banyak berlegar2 bawah lampu di bawah kelong. Baru aku hulur bawah lubang terus sahaja dapat sambaran. Eh.. galak pula ikan bawal bulan pada malam tu. Selalunya tak mahu ia menyambar mata apolo. Malam tu sahaja en Mansor dapat la menaikan beberapa ekor bawal bulan untuk menghilangkan rasa bosan dan stress.... 
talang yang kena sebat dan di kerat
Sambung pagi esok pula barulah ikan talang dan beberapa ekor jenahak dara sudi  menjamah tamban dan sotong kurita yang dihulurkan. Selain tamban dan sotong yang ditangguk kami juga guna todak besar kerana nak menjerat baracuda tapi hasilnya sambaran sahaja yang dapat tapi tak hook. Ada sekali tu joran dah kena ikan talang tapi disambar monters apa tah menyebabkan talang tadi tu hanya tinggal kepala sahaja. Rasa2 aku memang kerja baracuda yang suka memotong ikan. Pada pagi tu juga Wak Din kawan yang baru naik berjaya menaikan beberapa jenahak dan juga senangin gubal. 
Selama berada di kelong mungkin ada terkurang layanan atau tersalah bahasa saya mohon en Mansor maafkan.  jikalau ada sesiapa yang berminat menggunakan kidmat guide memancing kelong area Kuala Lukutbolehlah menghubungi saya .
berminat pakej guide : 01120704297  sabri
jenahak wak Din

talang yang diburu jenahak yang mari

2 ulasan: