Selasa, 4 Mac 2014

TRIP MEMBURU BANDANG DI KELONG POZI

keindahan sunset dari kelong
Sebenarnya ini trip pembukaan 2014 di Kelong pozi. Bukan aku merajuk atau tawar hati nak naik kelong Pozi tetapi memandangkan sejak awal 2014, kelong Pozi sentiasa penuh terutama semasa air pasang besar. Memang aku ada dengar ikan dah mula masuk kelong Pozi apabila aku mendengar ramai pemancing menaikan ikan ebek dan juga bandang yang masuk setahun sekali sahaja. 
Tetiba aku dapat panggilan daripada Hassan dan kawan2nya nak guna khidmat aku sebagai guide memancing pada 1 Mac di kelong Pozi aku terima dengan tangan terbuka. Ini peluang terbaik aku nak test ikan bandang sekali lagi apabila banyak kali aku tewas pada tahun lepas. Kalau dalam pakej yang aku buka aku hanya sediakan 30 ekor udang hidup tetapi untuk trip ni aku sediakan 250 dang hidup untuk 4 orang pemancing.
kalau hasil macam ni boleh la senyum skit
Sewaktu aku tiba di kelong Pozi,  Sudah ramai pemancing yang ada di atas kelong dan ada juga yang telah mengenali aku. oleh kerana aku tiba dah hampir senja, Jadi aku tak sempat nak apolo anak ikan tamban untuk dijadikan umpan dan nasib baik umpan udang hidup aku telah sediakan banyak. Hasan dan gangnya pula tiba agak lewat kerana kekangan kerja.
Oleh kerana tiada umpan tamban hidup, jadi aku hanya sediakan perambut 30 lb dengan mata kail saiz gelama sahaja. Target aku pula ialah ikan daun baru dan kapas sahaja. Aku meminta hasan dan gangnya hanya menggunakan udang yang mati sebagai umpan kerana umpan udang hidup aku nak prepair waktu pagi.
Pada awal malam tu, satu  group pemancing lain telah menaikan ikan ebek dan juga daun baru . Aku agak hairan kerana ikan ebek jarang makan pada waktu malam. Aku terus memberi semangat kepada hassan dan kekawannya supaya terus rajin menukar umpan. Hasil berkat kerajinan Hassan dan kekawanya, mereka berjaya menaikan dua ekor ebek, seekor bandang, seekor ketuka, seekor daun baru dan beberapa ekor anak2 ikan kecil. Yang aku pelek sekali lagi, tak pernah pula aku lihat ikan bandang dinaikan pada waktu malam di kelong Pozi.
jejaka hensem ni hassan namanya
Pada awal-awal pagi esoknya, aku terus selitkan joran aku di port ikan bandang walaupun dah ada joran pemancing lain. Akhirnya, apa yang aku impikan menjadi apabila bandang mula menyambar umpan udang hidup yang dihulurkan. maka bergilir2 hasan dan gangnya melayan bandang berselang seli dengan pamancing lain. Bukan bandang sahaja malah ebek juga turut memeriahkan suasana. 
Aku ingat nak pulang lewat petang memandangkan ikan tengah galak menyambar umpan tetapi aku terpaksa pulang agak awal pula kerana dah janji dengan isteri nak celebrate birthdahnya pada malam tu. Sebelum pulang tu, kawan aku si Rizal pula sampai dengan 10 batang senjatanya. Sedang aku dan hasan sedang punggah alatan ke dalam bot, aku tengok Si Rizal tengah syok melayan ebek yang menghentam umpan udang hidupnya.
Kepada sesiapa yang berminat nak gunakan aku sebagai khidmat guide memancing di kelong Pozi, kelong mamud tengah dan kelong mamud tepi boleh menghubungi aku.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri


tamok ni aku guna teknik baru dan rahsia.. hehehe

pertama kali bergambar dengan bandang

asalkan nama daun baru atau lama tak kisah laa..

ahli baru yang dah kena racun... hehehe

nak masak apa ni weh.. aku tak tau masak la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan