|
banyak kenangan aku di kelong Pozi |
Salam, sudah lama aku tak menulis dalam blog walaupun ada dua tiga cerita. Entah kenapa tetiba saja aku malas buka laptop aku ni. Bukan setakat buka blog, buka FB pun aku terasa malas sangat mungkin bulan puasa kot. Walaupun dah lepas raya tapi aku masih malas nak buka laptop. Namun aku tetap gagahi juga kerana aku sudah berjanji nak buat story dia di kelong Pozi.
Sebenarnya cerita ni bukan cerita lepas raya tetapi cerita sebelum bulan puasa 2013. Pada minggu terakhir sebelum puasa, aku dapat ajakan daripada Kamal dan gangnya yang purata bekerja di kementerian perangkaan PutraJaya. Kamal dan gang telah booking satu kelong dan beliau mengajak aku sebagai guide. Walaupun kamal masuk tak melalui pakej namun aku masih menyudikan diri kerana memang dah minat aku memancing. Sesampai di kelong, aku jangkakan arus agak cantik tetapi tekaan aku meleset sama sekali kerana arus agak perlahan.
|
ramai gak yang membangau sahaja |
Sesampai di kelong, aku cuba gak apolo tamban tetapi hanya beberapa ekor saja yang dapat lalu aku simpan untuk stok malam. Oleh kerana kamal masuk dengan pakej sendiri, maka aku tak perlu menyiapkan makan dan minum dia orang. Aku banyak menghabiskan masa menyiapkan perambut dan layan pemancing2 lain. hari agak malang kerana ikan betul2 malas nak menjamah umpan. dah bermacam umpan dan perambut dicuba namun masih gagal. Jangan ikan gred A, ikan daun baru pun tak usik umpan langsung.
Apabila malam menjelma, aku menyuruh Kamal memasang umpan ikan tamban hidup. Cubaan kamal juga tidak berhasil. Yang menjadi masalahnya ialah umpan tamban hidup tidak semewah seperti biasa manakala pemancing memasang umpan dengan cara yang salah menyebabkan umpan mudah mati. Aku beberapa kali cuba menegur pemancing tetapi masih tak berkesan mungkin mereka tak pernah menggunakan umpan hidup. Sehinggalah umpan tamban terakhir, aku sekali lagi menegur Kamal supaya mengcangkuk umpan tamban hidup dengan cara yang betul supaya umpan tamban cergas dan tahan lama.
Selepas mengcangkuk umpan, kamal melontar umpan ke arah bucu depan kelong menghadap jeti Shell lalu dibiarkan sahaja joran tersebut. Aku juga yang turut memancing memasang 4 batang jotan berumpankan umpan udang hidup potong. Aku cuba memancing ikan daun baru tetapi tetap tidak berhasil. Sedang aku menukar umpan, tetiba aku terperasan joran kamal bergegar sedikit diikuti satu lompatan kasar ikan dalam air. Aku terus menyentak joran lalu terasa asakan yang kuat dihujung joran. Sebagai guide, aku meminta tuan punya joran datang melayan joran tersebut tetapi seperti tak ada permintaan pula. Aku terus melayan, manakala dalam fikiran aku ialah seekor senangin besar yang sedang menggasak joran memandangkan ikan tersebut mengambur beberapa kali. Aku dapat bertahan dalam beberapa minit sebelum ikan tersebut menunjukan diri berhampiran tiang kelong sambil cuba membuat percubaan melepaskan diri disebalik tiang kelong. Agak terkejut aku apabila mendapati bukan ikan senangin yang menghenjut joran tetapi seekor siakap yang menyambar umpan. Aku memang tak mengjangkakan siakap kerana aku belum pernah mendapat henjutan dari seekor siakap di luar kelong sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan