Isnin, 3 Jun 2013

GANG NASIB BAIK DI KELONG POZI

Rofi bersama trofi alu2
Kali ini aku bawa satu group pemancing dari Shah alam yang diketuai oleh Rofi. Untuk pengetahuan, gang ni aku pernah bawa pada tahun lepas 2012. Hasil gang ni pada tahun lepas juga sangat memberangsangkan. Pelbagai jenis ikan yang dapat didaratkan. Begitu juga nasib mereka juga baik pada tahun ini. 
Rofi telah membuat tempahan untuk booking kelong sejak bulan mac lagi dan aku juga telah beritahu Pozi tauke kelong. Entah macam mana, pada hari nak naik kelong, pozi memberitahu bahawa ada orang lain juga dah booking kelong. Kalau nak kata masalah komunikasi, aku dah bagitahu berkali2 bahawa aku telah booking penuh pada hari tersebut. Nak tak nak aku terpaksa melayan 8 orang gang Rofi dengan berkongsi dengan pemancing lain seramai 20 orang lagi. Aku memang rasa tak sedap hati langsung. Nak buat macam mana, aku terpaksa memohon maaf dengan gang Rofi dan terasa malu pun  ada juga. Sampai hati Pozi buat aku macam ni.
Walaupun ramai, tetapi nasib tetap menyebelahi kami, kerana dari ramai pemancing hanya joran gang Rofi sahaja mendapat sentapan ebek dan juga daun baru. Agak kelakar dan pelek juga kerana ikan hanya memilih joran2 gang2 Rofi sedangkan pemancing2 lain juga menggunakan umpan yang sama. Mungkin pemilihan llubuk dan teknik pemasangan umpan udang yang aku baru praktikan agak menjadi. Skil pemasangan umpan tu aku akan bincangkan dalam ruang yang lain di mana skil ini masih dalam percubaan sahaja.
ni hasil gang rofi tahun  lepas
Selain itu, aku juga memasang satu koyan untuk menjerat alu2 yang besar dan suka mengganggu ikan2 lain. Pada malam tu aku mengcangkuk seekor tetanda sebesar tapak tangan dan berjaya memperdaya seekor alu2 tetapi sayang sekali kerana alu2 tu memotong tetanda yang aku cangkuk betul2 sebelah mata kail. Agaknya alu2 sekolah kot. Salah seorang gang Rofi menggantikan umpan yang dipotong dengan seekor anak ikan cermin pada sebelah pagi esoknya. Hasilnya seekor alu2 berjaya dinaikan dalam skala hampir 4 KG. 
Bagi sesiapa yang berminat menggunakan aku sebagai guide memancing di kelong boleh la menghubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

lontaran umpan pertama wak terus disambar ebek

aku pun dapat lesen ebek gak

wak lagi yang dapat

punyalah payah menarik akhirnya seekor tiram hidup tercangkuk dimata kail

kalau dalam tiram ni ada rantai emas....  huhuhu

ini la lesen daun baru terbesar aku

apa yang penting.. ada tanda hitam tu

alahai... wak lagi

bersengkangmata.. akhirnya membuahkan hasil seekor ebek terbesar trip ni

anak pun okey janji lesen

aku punya lesen bro..

wak juga yang berani tarik koyan tu...

wak tersenyum puas hati

panjang la bro...

wak memang periang dan sporting bergambar

aku pon tumpang sekaki bergambar



hang tuah ...... memancing

hasilnya...












lesen tenggiri bro...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan