Rabu, 24 Oktober 2012

GANG YOK NGAIL DI ATAS KELONG POZI LUKUT

Gang Yok Ngail seramai 22 orang yang di ketuai oleh JaweDong You Maru ialah gang pemancing tegar dari Kelang. Mereka ini memang betul2 kaki pancing yang berangan2 dapat melayan ikan besar. tetapi sayang kerana tarikh yang dipilih memang paling tidak sesuai memandangkan air dah hampir mati dan bergerak perlahan. Kawasan kelong Pozi adalah cetek dan terletak di teluk menyebabkan arus jadi perlahan. 
Oleh kerana mereka dah datang, aku layan juga dan berharap akan berlaku keajaiban. Aku menyediakan 300 ekor udang dan 20 bungkus pumpun untuk trip ni kerana tiada umpan yang dapat diapolo kerana arus perlahan dan cetek. Memang nampak kelibat tamban tetapi berada jauh dari kelong. Oleh kerana, air dah hampir mati dan bergerak perlahan maka aku terpaksa menyusun strategi lain mudah-mudahan mendapat strike. Aku meminta gang2 pemancing ni cuba memancing di bawah atau tepi tiang kelong terutama di tepi tiang yang tumbang dengan harapan mendapat ikan kerapu. Strategi aku agak menjadi di mana beberapa ekor ikan karang yang berat hampir setengah KG berjaya dinaikan. Adajuga beberapa kali sentapan kasar tetapi semuanya sangkut pada tiang atau lubang bawah kelong. begitulah kalau memancing bawah kelong perlu cepat dan sentiasa bersedia kerana ikan akan cuba melepaskan diri dengan segera.
Walaupun air tak begitu sesuai tetapi gang Yok Ngail berjaya memancing ikan2 kecil. Semangat dan kerajinan gang ini memancing memang patut dipuji. Aku yang cuba melabuhkan umpan di port2 yang menarik tetapi masih juga tiada sentapan. Akhirnya ikan todak jua yang jadi sasaran apabila ikan2 besar entah ke mana. Berbagai teknik digunakan oleh gang ini memancing ikan todak. walaupun tak besar tetapi sekurang2nya boleh dijadikan hiburan dikala membangau.
Aku sebagai guide memohon maaf kepada gang Yok Ngail kerana tak dapat memberikan strike seperti yang diharapkan. Jika ada sesiapa yang ingin meenggunakan pakej jenahak panggang bolehlah menghubungi saya di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

botak tersenyum

pancing bawah kelong saja

jangan sentuh - bukan ranting kayu tetapi hidup dan bergerak

nasib tak baik jadi umpan la

ikan jackpot - ikan tapak kasut

boleh buat baji cangkul 

pelbagai spisis menarik tetapi anak2 saja

jual kira longgok


aku sorang yang rajin, yang lain dah membuta

ikan oh ikan, mari makan pancing aku

srreeetttt... pancing aku dah mengena. dalam mimpi daaa...

guide yg rajin.. rajin membuta

tengah panas tetapi masih sejuk

mari la kumpul elok2


nak balik daaahhhh....

jumpa lagi


boleh buat baldi simpan air

nanti dulu, ada hadiah lagi ni..

aku ada gak dapat, engkau apa dapat...

ikan tapak kasut aku mahal laa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan