Rabu, 24 Oktober 2012

EN RAMLI DAN KELUARGA DI ATAS KELONG POZI

pakej ke kelong 012 6804742
En Ramli dan keluarga masuk kelong pada 20 Okt 2012. Pada masa tu air dah menyorong kecil tetapi masih bergerak. Beliau yang datang bersama 8 orang ahli keluarga lagi memang selalu memancing tetapi sekadar memancing santai sahaja. Pada hari tu aku sediaakan 200 ekor udang hidup. Selain tu, aku juga menjala beberapa ekor belanak untuk dijadikan umpan. Sesampai di kelong, aku dapatlah apolo beberapa ekor tamban tetapi tamban tu aku hanya guna pada pukul 10 malam.
en Ramli dan ketuka malam
Oleh kerana air mengalir perlahan, aku layan saja isteri dan anak en Ramli memancing jejulung. Dapatlah dalam 15 ekor jejulung tetapi bersaiz kecil sahaja. Manakala en ramli pula melayan anak2 ikan kecil menggunakan umpan udang potong dan pumpun. Oleh kerana raajin menukar umpan, en Ramli berjaya menaikan seekor ketuka sebagai penawar hati yang sudah gelisah.
Tetiba salah satu joran aku yang berumpan selar potong melengkung. Aku menyerahkan joran tersebut kepada anak en Ramli. Dapat la dia melayan dalam seminit, ikan yang dah hampir dengan kelong tetiba rabut. Dari pengamatan aku, ikan alu2 yang memutuskan perambut. Oleh kerana tiada sentapan selepas itu, aku tidur la sekejap kerana aku perlu bangun pula dalam pukul 5 pagi. Aku terpaksa target semasa air mula pasang pula jika tiada sentapan semasa air pasang penuh.
ikan bayan dipancing bawah kelong
Aku bangun hampir pukul 5 pagi. Aku terus memasang umpan. En Ramli yang melihat aku bangun pun turut bangun memasang umpan. Aku guna ikan selar hidup yang di potong. Tak sampai 5 minit salah satu joran panjang aku tersungkur dengan tali utama aku keluar laju. Aku menyerahkan joran kepada en Ramli untuk melayan ikan yang ada dihujung mata kail. Aku mengjangkakan jenahak yang membedal umpan. Tak sampai seminit en Ramli melayan tetiba sekali lagi rabut. Apabila diperiksa perambut yang bergerigi, sekali lagi alu2 yang bikin onar. geram aku mengenangkan ikan alu2 ni. Apabila menggunakan perambut steel, tak nak pulak dia membedal umpan. Alu2 sekolah kot.
Oleh kerana 2 kali rabut ikan alu2, semasa pulang aku membawa en Ramli ke Pasar sg Chuah. Aku beli la 2 ekor alu2 sebagai buah tangan kepada en Ramli. Terkejut juga dia menerima ikan tersebut. Ikan2 yang dijual di pasar Sg Chuah memang masih segar dan baru didaratkan oleh nelayan. Harganya pun lebih murah berbanding denganpasar2 yang lain.
Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan khidmat guide memancing terutama di kelong bolehlah menghubungi saya di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

umpan udang hidup di potong paling ideal memancing bayan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan