Selasa, 13 Mac 2018

JENAHAK ARUS SEJUK

 Aku sebenarnya memang dah lama sangat tak naik kelong. Kalau tak naik kelong tak bererti aku tak memancing. Aku sebenarnya sedang cuba try test lubuk baru area klanang, Kuala langat. Selain memancing kat lubuk baru tu, aku juga sedang create satu pakej baru. Pakej ni ada juga sedikit-sedikit aktiviti memancing dan selebihnya lebih kepada aktiviti outdoor dan survival tepi pantai. Sebut tepi pantai sudah tentu berkaitan dengan air dan ikan juga. Kalau dah ready pakej ni nanti aku open kat semua orang.
Berbalik kepada memancing di kelong, ada seorang hamba Allah yang baru nak berjinak dengan dunia memancing bersua dengan aku semasa shoping sedikit alatan di TCe tackles Nilai. Aku promote juga pakej aku ni lalu beliau setuju.
jenahak penyelamat trip
Pada hari yang dijanjikan, hari Sabtu minggu selepas Tahun baru Cina 2018 kami berenam pun naik kelong Pozi. Aku pilih kelong Pozi sebab pada hari tersebut arus masih besar. Selain tu, sambil bawa pakej tu, aku nak ushar la juga kalau-kalau ebek dengan bandang sudah bertandang ke kelong Pozi atau belum?
Ingatkan lepas cuti tahun baru cina tak ramai yang memancing sebab semua dah lepas gian pada cuti tahun baru cina yang panjang. Sesampai sahaja di kelong, dah hampir 30 orang yang dah ada atas kelong . Alamatnya berhimpit joran la memancing pada hari tersebut. Mata kail berkahwin dengan mata kail tu dah kira biasa sangat . Aku terpaksa tukar strategi, menggunakan mata kail halus berumpan udang potong. Layan sahaja tepi-tepi kelong. Ada la juga beberapa ekor anak debam berjalur warna warni yang dapat di daratkan.
ebek bangun senja
Aku ada juga menjeling kat joran pemancing-pemancing lain. Dalam berpuluh joran yang terpacak tu tak ada satu pun yang bergetar langsung seperti sejuk beku.Aku pun ada juga perasan pada hari tersebut, tak ada pula ikan serkut si pengacau berebut umpan seperti biasa. Aku mengagak saja, tentu arus laut sejuk walaupun cuaca panas berdenting.
Sampai waktu petang berbelas ekor anak debam yang sudi meragut umpan. Aku cuba juga menggunakan umpan udang hidup semasa arus sedang kembang pasang dengan harapan bandang atau ebek junior tersesat langkah masuk kelong. Nampaknya tekaan aku meleset jauh sekali. Jangan kata ebek atau bandang, anak ikan juga langsung tak mencuit umpan udang hidup seperti biasa. Adakala berjam-jam umpan udang hidup masih berada hujung mata kail tak terusik langsung.
"Sah dah, arus sejuk beku ni. Kalau layan ikan daun baru best juga ni,"fikir aku merancang strategi.
Pada malam tu aku minta pemancing menggunakan umpan udang hidup yang dipotong. Macam biasa la, kalau arus sejuk kebiasaannya ikan daun baru dan ikan kapas suka meragut umpan. Tapi malangnya, bangau pada sebelah pagi dan petang terus terbang hingga ke malam. Jadi aku ambil keputusan buat taik mata lebih baik memandangkan  angin darat yang sejuk menjadikan kelopak mata aku berat sangat.
Pada awal pagi esoknya, aku beroleh anak ikan tamban untuk dijadikan umpan. Nampaknya umpan tamban hidup juga gagal memujuk ikan supaya menyambar umpan. Memandangkan ikan tak mahu mengusik umpan, maka ramai pemancing berkemas nak pulang awal. Dalam group yang sedang berkemas tu, ada seorang pemancing berjaya menaikan seeokor  sotong kurita. Aku potong kurita tersebut lalu di hulur kawasan karang belakang beting kelong. Tak lama kemudian, joran 16 kaki aku melengkung diasak Sang jenahak tunggal. 
ini ikan baru darjah dua
"Alhamdulillah... jenahak penyelamat pakej aku," bisik aku sedikit keriangan.
Menjelang awal petang, group pakej aku nak pulang awal kerana ada urusan. Aku cuba pujuk supaya pulang lewat memandangkan kelong sudah beransur kosong. Selepas group pakej pulang, aku layan mancing dengan Ali dan Rizal yang baru naik kelong.
Pada lewat petang menghampiri senja, baru seekor ebek tunggal sudi mengambil umpan udang hidup yang dihulur diikuti seekor daun baru sekolah rendah.
Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan khidmat guide aku memancing di Kelong Pozi atau Kelong mamud boleh menghubungi aku di 01120704297 Sabri.

Tiada ulasan:

Catat Komen