Isnin, 4 September 2017

PUTERA PUTERI PERWIRA NEGARA DI KELONG POZI

kelong Pozi
Ini pun bukan group yang luar biasa. Walaupun bersilih ganti pemancing tetapi tetap ada seorang dua yang sudah dua tiga kali mengikut trip aku. Kali ini group leftenan ATM yang terdiri dari putera dan puteri perwira-perwiri negara yang beriadah sambil memancing. 
Aku sediakan udang 600 ekor udang hidup untuk 23 orang pemancing. Aku terpaksa menyediakan udang yang banyak memandangkan trip yang lepas tak ada anak ikan tamban di kelong Pozi. Nak jadi cerita. tarikh yang ditetapkan untuk memancing sama tarikh dengan satu game rugby. Jadi aku terpaksa meminta jasa  Din dan  Japni untuk menguruskan team ini sehingga aku datang. Yang agak meletihkan apabila aku perlu menyediakan lebih 30 batang joran.
perwira dan perwiri negara
Selesai game rugby aku terus ke kelong. Nasib baik group pemancing pun baru sampai kerana dia orang sendiri yang terlewat. Manakala Din dan Japni sudah bersedia dengan senjata dan alatan pertempuran di atas kelong. 
Apabila sesi memancing, baru aku paham. Memang group ini purata memang tak pernah memancing. Jadi aku terpaksa membuka kelas melontar joran terlebih dahulu. Yang syoknya  baru sekali lontar umpan lepas tu terus sangkut. 
Apa pun bagi aku, enjoy memancing tu yang penting. Kalau dah seronok walaupun dapat anak ikan, biarkan sahaja rasa seronok tu. Tak perlu nak kejar ikan yang besar. Aku guna teknik yang paling rendah dan mudah. tak guna aku guna teknik yang tinggi sikit sedangkan dia orang baru nak belajar lontar umpan. Walaupun begitu, ada juga dua tiga ekor ebek dan daun baru yang sudi menjamah umpan. Ada sekali tu, seorang pemancing seperti meminta tolong apabila diasak seekor anak ebek dengan joran yang kecil. Gelihati dan lucu karenah pemancing tu sudah biasa bagi aku. Macam-macam ragam manusia yang dapat dilihat. 
Apa pun aku puji group ni atas  kesungguhan menyediakan makanan dan BBQ. Lagi pun ramai puteri negara yang turut membantu  memudahkan pengurusan guide aku.
Oleh kerana sudah lama aku tak guide orang, biarlah gambar pula yang berbicara menerangkan suasana aktiviti memancing di Kelong Pozi.

wei, aku dapat ikan la

janji dapat lesen walaupun kecik
ni la kapas dalam laut
ketam ni di kira lesen lain
belut hijau ni memang licik cam tuan gak?
sayonara... angkat semua barang bawa balik dan tinggalkan kenangan saja
seekor ikan di tarik 4 orang
putera-putera perwira negara
hasil yang kurang enjoy yang lebih
pinjam ikan nak bergambar sekejap
belit sini, cucuk sana... eh camna nak buat perambut ni?
cubit ketam sikit nak buat lauk
Tuan yang mesra dan happy selalu
jumpa di seberang nanti tau
yang baik jadikan kenangan
ebek terlepas bas setelah gang trip dah balik
ini pun ebek selepas gang trip dah balik
hasil sambil kemas barang atas kelong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan