Jumaat, 18 Mac 2016

SEKELUARGA MEMANCING DI KELONG MAMUD

kelong mamud tengah

Maaf la aku pun dah lupa story memancing dengan group ni. Sebab lama tak menulis membuatkan aku pun dah lupa banyak perkara. Apa yang aku ingat, keluarga ni diketuai oleh encik Shuhami dari Shah Alam. Beliau datang bersama isteri, anak-anak, sepupu sepapat dan juga bapa saudara serta ipar duai.
Tapi apa yang pasti memang ada ramai kanak-kanak dan juga majoriti pemancing perempuan. Ada juga mak cik-mak cik yang datang sekadar menceriakan keadaaan dengan lawak jenaka serta cerita pompuan yang mencuit hati. Kira tak kering gusi juga la memancing dengan group ni. Masalahnya ikan pula tak nak dengar story, ikan nak suasana yang damai dan sunyi. 
Kami naik kelong sewaktu hampir tengahari. Selepas proses loading barang dan juga orang, aku bagi la sedikit  briefing. Yang penting aku tekankan tentang keselamatan kerana ramai pemancing kanak-kanak dan perempuan. Kali ini aku dibantu oleh adik aku sendiri yang datang dari Kedah dan juga Jep. 
ini encik Shuhaimi
Untuk trip ni tak ada masalah nak dapatkan umpan tamban, kerana ramai yang nak layan apolo. Tak terlayan gak aku melayan kerenah bebudak ni layan apolo. Asyik tersangkut sahaja sehinggalah dia orang mahir sedikit menjelang petang. Nampaknya rezeki talang tetap ada kerana banyak juga talang yang kena kirap dengan mata apolo. 
 Misi malam tu agak hambar. Banyak joran yang aku tagan dengan umpan tamban hidup  tegak sejuk beku tak berusik. Sedang aku ronda-ronda nak tukar umpan, salah satu joran di belakang menghadap darat dapat sentapan. Seekor gubal menyerah diri dalam tangguk. Selepas kejadian tu, joran kembali sejuk beku bersama aku dalam selimut kerana hujan.
Sesi memancing disambung awal pagi esok. Manakala bebudak tu juga menyambung sesi apolo tamban. Nampaknya pagi ni susah sikit nak dapatkan tamban kerana air surut. Semasa arus beransur kembang pasang barulah ikan dapat kembali aktif di tepi kelong. Macam biasa, beberapa ekor talang turut dapat dinaikan. Akhirnya salah satu joran aku melendut sekali lagi. Kali ini seekor baracuda teruna dalam lingkungan 2 kg menyerah kalah dengan perambut tangsi sahaja.
Selepas selesai menaikan baracuda, Encik Shuhaimi pun mengajak angkatannya pulang. Selepas bersalam lebih kurang sesi pakej pun selesai cuma sesi aku sahaja belum selesai. Maksud aku sesi mengemas barang yang dibawa. Sesi ni yang paling malas tapi nasib baik ada pembantu Si Jeb yang rajin. 
Jika ada sesiapa yang berminat nak menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing di kelong boleh la menghubungi aku di talian  sabri  .01120704297  

best ooo

todak ni memang pengacau


yeeehhh...

amik kaau todak...

masuk tong

mak aiiiii

layan beb...

ceria sebelum naik kelong

yang ni buat kari mau berminyak misai

tak seberapa.. boleh la


masak apa yang sodaap ni???

biar jari berlubaang kena mataa kail... hati tetap tabah 

eeee... sukanya

ketam berbunga

boring di kala malam.. ayan bawal pun jadi 


jadi laa.. janji strike

queen apolo tamban

tolong angkat saja.. hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan