Rabu, 24 Februari 2016

HURU-HARA GANG PAKISTAN

Semasa aku mula dapat job bawa gang ni aku keliru juga tetapi setelah dapat penerangan barulah hilang rasa keliru aku tu. Memang aku bawa satu team pakistan tetapi bukan semua Pakistan yang berasal dari Pakistan tetapi Pakistan yang telah bermaustautin lama kat Malaysia.
Macam biasa la kalau bawa orang baru dunia memancing memang agak huru hara juga kerana sekejap-kejap putus perambut dimakan tiang kelong tetapi lama kelamaan apabila sudah biasa akan jadi okey. Biasanya pada hari ke 2, ramai pemancing dah tahu selok belok memancing di kelong.
Rezeki dia orang agak baik keran seekor jenahak saiz hampir 2 kg jadi habuan. Selain beberapa ekor anak talang juga sudi menjadi lauk. Tak ketinggalan seekor yu b**o juga sudi menyambut umpan pada mata kail. Ramai yang datang tyetapi aku tak sempat snap gambar kerana bateri phone habis.
jika ada sesiapa ada yang berminat menggunakan aku sebagai guide memancing di kelong Pozi atau Mamud.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri


gaya saja tapi hakikatnya tak memancing pun
yang ini langsung tak baling joran hahaha
opppsss .. yang ini bukan pakistan tapi kawannya

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam