Selasa, 2 Februari 2016

KACI UDANG KOPEK DI KELONG MAMUD

Kali ini aku bawa 5 orang sahaja di kelong Mamud. Masa dia orang masuk tu tak ramai pemancing lain di atas kelong cuma aku, rizal dan dia orang berlima. Awal petang tu dia orang dah sentap seekor ikan parang dan beberapa ekor talang pandan. 
Macam biasa, aktiviti pada sebelah malam agak kurang meriah. Jadi aku syorkan pada pemancing supaya memancing menggunakan umpan udang kopek sahaja. Malam tu anak ikan agak kurang mencuri umpan udang kopek. Hasilnya seekor tetanda dan 2 ekor kaci sudi menjamah umpan.
Malam tu aku tidur awal juga kerana keletihan. Aku terjaga apabila suaana riuh apabila Rizal mendapat seekor ikan gubal. 
Pagi tu aku minta pemancing menggunakan umpan tamban hidup. Hasilnya beberapa ekor ikan talang sudi menyambar tamban hidup yang dihulur. Manakala Sang Rizal sekali lagi menarik seekor lagi gubal.
 berminat pakej guide : 01120704297  sabri








Tiada ulasan:

Catat Ulasan