kelong pozi kuala lukut negeri 9 |
Pada perancangan awal kami nak naik kelong pukul 9 pagi tapi telah tertangguh kerana ada beberapa masalah teknikal kenderaan. Aku yang dah beli umpan awal lagi juga turut lewat naik kelong menyebabkan separuh udang hidup mati kelemasan dan kepananasan.
Sesampai saja di kelong arus dah berubah surut. Apabila surut memang susahlah kalau nak dapatkan umpan tamban. Tambahan pula hari tu arus pasang lewat pada waktu petang menyebabkan kami ambil apa saja ikan yang sangkut kat mata apolo untuk dijadikan umpan. Cuma pada hampir senja ada beberapa ekor selar kuning yang tersangkut juga kat mata apolo.
daun baru semasa arus mula pasang |
Malam tu aku pacak banyak juga joran berumpankan ikan selar namun tiada sambutan langsung. Manakala Wan pula berjaya menaikan seekor daun baru agak lebar dengan menggunakan perambut mata kecil berumpan udang potong.Semasa hujan renyai-renyai salah satu joran lembut kesayangan yang menggunakan mata kail kecil berumpan udang potong aku disentap seekor pari agaknya. Memang tak terlawan dan tak sepadan dengan joran aku yang lembut bertali tangsi 15 lb saja.
ebek di pagi hari |
Pada awal pagi esok kami menduga ikan besar dengan umpan ikan tamban tapi memang tiada sambutan langsung. Mungkin faktor hujan semalam menyebabkan arus sejuk dan air laut agak tawar. Tapi sebaliknya ikan bandang agak galak menyambar udang hidup yang dihulur. Kelam kabut juga Wan dan kawan melayan karenah bandang yang melarikan umpan dan melompat sana sini. Dalam kelam kabut bandang menyambar udang, 3 ekor bandang dinaikan kerana kena kirap kat belakang saja. walaupun banyak yang rabut tapi akhirnya 5 ekor juga yang menyerah diri dapat dinaikan.
Semasa arus menyongsong surut, kami guna teknik mata apolo berumpan udang sekali lagi. Tanpa diduga seekor GT rempit OKU kerana tiada ekor sudi menyambar mata apolo berumpan. Walaupun agak sukar menaikan GT dengan mata apolo tapi dengan tenang kawan Wan menaikan GT tersebut.
Kunjungi link saya ya
BalasPadamhttp://www.1628poker.com/ref.php?ref=QIILOPEZ
usobet.com