Pada 23 mei 2015. Aku Bawa 2 group serentak di atas kelong Mamud tengah. Group yang pertama di ketuai oleh Hasbullah berempat dengan rakannya dari Putrajaya. Hasbullah sampai dah lewat tengahari. Aku minta hasbullah dan rakan memancing di sudut belakang kelong mengadap darat dan tepi karang.
|
kelong mamud tengah kuala lukut n9 |
Ada la dua tiga ekor talang bulat saiz junior menyambar umpan dan berjaya di daratkan. Aku turut minta Hasbullahg menggunakan umpan udang hidup kerana aku target GT dan ebek tapi nampaknya hampa tiada sambaran.
Sehingga tiba waktu malam, salah satu joran kawan Hasbullah berdesing dikerjakan sang ikan. Aku yang kebetulan berada dekat dengan joran membuat hook up dan seekor senangin gubal bersaiz hampir 2 kg berjaya didaratkan dengan bantuan rakan2.
Selepas gubal didaratkan tiada lagi sambaran untuk malam itu sehinggalah pagi menjelma, beberapa sambaran Sang Talang sahaja yang membuatkan keadaan jadi kelam kabut di suatu ketika.
Aku mohon maaf kepada Hasbullah dan rakan jika ada kekurangan dan salah tutur bicara. Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan aku sebagai guide memancing di kelong area Kuala Lukut boleh la menghubungi aku.berminat pakej guide : 01120704297 sabri
|
ini lah Hasbullah. hensem maa |
|
talang bulat der |
|
todak pun sedap laytan bro |
|
aku ambil dua ekor ni saja |
|
engkau ambil dua.. aku ambil tiga derr |
|
apa yang korang duk rebut.. ni ikan aku punya la |
|
aksi |
|
aku pun ada aksi la |
|
eh.. memang la .. double strike |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan