Isnin, 16 Mac 2015

TRIP LAYAN TALANG DI KELONG MAMUD

Sudah lama aku tak menulis sedangkan bahan memang dah ada. Selain sibuk dengan sukan dan permainan di sekolah, badan pun agak kurang sihat kerana cepat letih. Bayangkan trip bulan Januari, bulan 3 mac baru nak tulis.
Trip ni boleh dikatakan trip akhir musim talang. Talang memang banyak pada bulan Disember. Cuma talang pada kali trip ni agak kasar berbanding bulan Disember.Sekumpulan Pemancing dari Syah Alam menggunakan khidmat aku sebagai guide. Kami naik kelong dah lewat tengahari.
Macam biasa, kalau nak layan kelong Mamud tengah sesuai sewaktu arus perlahan atau air kecil. Memang talang aktif sewaktu arus begini. Nak pula arus menyorong ke arus mati. air pasang pagi dan sesuai kalu nak layan talang. 
Pada trip kali ni ada juga seekor ebek sudi membaham umpan udang yang dihulur. Tak banyak bahan yang aku nak tulis sebab dah lupa. Yang aku pasti, group ni memang berdisiplin dan tak ada la huru hara di atas kelong. 
Aku ambil kesempatan ini nak mahon maaf jika ada terkurang layanan, terkasar budi bicara, makan tak sedap atau segalanya.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

todak pun todak la.. janji layan

ebek tunggal


kenduri atas kelong makan bersila jer

talang 1

talang 2
talang 3

talang 4

talang 5

layan beb

melenkung di asak talang

talang semua

pejuang dan kelengkapan pertempuran

talang untuk semua

kenangan

2 ulasan: